Browse By

UTMSPACE Jumping Day 2015

UTMSPACE telah menganjurkan acara UTMSPACE JUMPING DAY 2015 pada 4 hb April 2015 di Jump Street Kuala Lumpur. Acara ini adalah khusus untuk para pengemar FB UTMSPACE yang mengikuti perkembangan kami. Seramai 30 orang peserta daripada pelbagai peringkat usia dan latarbelakang telah menyertai program ini. Program dimulakan dengan taklimat daripada pegawai Jump Street dimana beliau telah memberi tunjuk ajar sebenar melakukan lompatan dan aktiviti lasak yang lain.

DSC_2949

Terdapat 2 permainan berkumpulan yang telah berlangsung di sana iaitu ‘The Dodge Ball’ dan ‘The Slam Dunk’ dijalankan. Para peserta telah mencuba pelbagai permainan yang disediakan dan para pemenang menerima hadiah yang pihak UTMSPACE sediakan. Acara di akhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan untuk semua peserta.

DSC_2920

Maklum balas yang amat positif dan memberangsangkan daripada peserta, dimana mereka berasa berpuas hati kerana dapat menyertai acara ini dan amat berharap agar UTMSPACE dapat membuat acara seperti ini di masa – masa mendatang.

UTMSPACE mengucapkan jutaan terima kasih di atas penglibatan bersama antara pengemar FB dan kakitangan UTMSPACE kerana menjayakan program ini.

DSC_2954

DSC_2920

DSC_2952

DSC_2953