Browse By

Majlis Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE Sempena Konvokesyen ke-54 UTM

Pada 27 April 2015 yang lalu, telah berlangsung Majlis Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE sempena konvokesyen ke-54 UTM. UTMSPACE telah memberi penghargaan kepada para graduan yang meraih kejayaan cemerlang dalam pengajian Program Separuh Masa di peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Seramai 50 graduan daripada 491 graduan telah diraikan dalam majlis yang diadakan di Dewan Sri Alam , Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai. Turut diraikan juga adalah 6 graduan yang menerima hadiah khas kategori Veteran, 8 graduan bagi kategori Suami-Isteri, seorang graduan dalam kategori OKU dan seorang lagi bagi kategori Program Kejuruteraan.

Menurut Pengarah Urusan, Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Bin Kassim , 23 tahun bukan usia yang muda kepada UTMSPACE untuk berdiri sebagai gerbang pembelajaran sepanjang hayat, dan mengharap kepercayaan dan sokongan penuh daripada pihak Universiti akan terus menghubungkan keilmuan daripada gedung UTM kepada masyarakat. Dekan UTMSPACE, Profesor Dr. Mohd Fua’ad Bin Hj. Rahmat pula menyatakan kejayaan yang diperolehi merupakan satu permulaan dalam kehidupan setiap graduan. Menurut beliau lagi, sukacita diingatkan kepada semua graduan bahawa dalam masyarakat maju dan moden,setiap individu wajar mempromosikan konsep “Pembelajaran Sepanjang Hayat”. Berikut adalah nama-nama penerima hadiah akademik UTMSPACE :
BIL. NAMA GRADUAN PROGRAM KELAS
1 AHMAD ISHAK BIN AHMAD TAJUL ARIFFIN SGT S1
2 ARIFFIN BIN ABDULLAH SCJ S1
3 AZMAN BIN ALI SGU S1
4 FARIHAN BIN AMZAH SGU S1
5 FAZILAH BINTI SENAN SCJ S1
6 MOHD FAKHARUL HELMI BIN MOHAMAD SAAD SEE S1
7 MUHAMMED ZAIDI BIN MUHAMMED MASHURI SGT S1
8 NOR HAFIZAH BINTI AHMAD PAYUMI SPI S1
9 NORSUHAIDA BINTI ABDOL MALIK SPI S1
10 NUR AIDIL ADILA BINTI EDRUS SAW S1
11 RAHIMI NOOR HIDAYAT BIN ISMAIL SBC GRADUAN
12 RAMIZAN BINTI MOHD YUSOFF SPI S1
13 RASIDAH BINTI AZIZ SHR S1
14 RILAWATI BINTI RIJA SHR S1
15 SALBIAH BINTI MISRAN SPH S1
16 SALINA BINTI TUMIN SPH S1
17 SALINDA BINTI MOHAMAD RAJALI SCJ S1
18 VALLIAMMAI A/P VR.CT VEERAPPAN SCJ S1
19 MOHD FAZLI BIN AYUB DDC D1
20 NORFAE’ZAH BINTI MOHAMMAD DDJ D1

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan.

DSC_1163 Y. Bhg Pengarah Urusan UTMSPACE memberikan ucapan

IMG_5064Pengarah Urusan diringi Dekan UTMSPACE menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah

DSC_1258Ucapan daripada wakil graduan

DSC_1288Graduan yang menerima hadiah bagi kategori suami isteri

DSC_1271Para graduan dan pengurusan UTMSPACE bergambar bersama sebagai tanda kenangan

DSC_1285Penerima Hadiah Akademik

TESTIMONI GRADUAN

UTMSPACE help me to obtain my diploma with the same standard and quality of full-time program. And it also helps me to mate the night decision to pursue my degree in the same institution. I would highly recommend the institution for those who are looking to build themselves.
NORFAE’ZAH MOHAMMAD
Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Penerima Anugerah Dekan UTM dan Hadiah Akademik UTMSPACE

Selaras dengan perkembangan teknologi setiap insan seharusnya meningkatkan tahap ilmu pengetahuan yang ada berdasarkan pembelajran berterusan dan tidak berasa selesa di satu tahap sahaja. UTMSPACE memberi peluang kepada mereka yang bekerja untuk menuntut ilmu berdasarkan jadual pengiklanan yang flexibel pengkuliahan yang flexibel bagi peningkatan dalam kerjaya di masa depan
NUR AIDIL ADILA BINTI EDRUS
Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
Penerima Anugerah Dekan UTM dan Hadiah Akademik UTMSPACE

UTMSPACE memberi peluang saya mengecapi kejayaan menggenggam ijazah walaupun telah bekerja. Terima kasih UTMSPACE
MOHD DZULKARNIAN BIN ISMAIL
Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik
Penerima Anugerah Dekan UTM