Browse By

Hari Bertemu Pelanggan peringkat Universiti Kali ke-3

UTMSPACE telah menyertai Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Universiti kali ke-3 anjuran UTM yang telah diadakan pada 26-27 Mei 2015 di Dewan Sultan Iskandar.

.facebook_1433638165331

Objektif program ini dijalankan adalah :

  • Menyebarluas maklumat perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Tanggungjawab kepada warga universiti;
  • Menyediakan peluang interaksi kepada pelanggan dalam mendapat khidmat nasihat yang berkaitan dan sebahagian perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Tanggungjawab;
  • Menjadi wadah kepada pelanggan untuk memberi maklum balas tentang tahap kualiti perkhidmatan Pusat Tanggungjawab dan menjadi saluran cadangan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kepada Pusat Tanggungjawab;
  •  Menjadi wahana yang mendidik warga universiti bahawa kecemerlangan universiti adalah tanggungjawab bersama; dan
  •  Mewujudkan iklim kerja yang mesra pelanggan & mesra perkhidmatan

Seramai 30 buah Jabatan telah menyertai pameran tersebut dan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan serta aktiviti menarik yang dianjurkan.  Program ini telah menarik perhatian lebih 2000 orang pelanggan bagi melawat kaunter-kaunter yang disediakan seperti aduan, promosi program dan maklum balas. Bagi memeriahkan program tersebut kaunter mesra pelanggan telah mengadakan kuiz penaipan pantas dan telah menarik minat ramai pelanggan. FB UTMSPACE juga telah meningkatkan jumlah peminatnya sebanyak 52 likers bagi promosi yang bermula dari 9 pg hingga 4 ptg. Pelbagai cenderahati diberikan kepada pelanggan setia kami.

.facebook_1433638202493

Maklum balas  yang diterima adalah positif daripada pelanggan dan dapat menyalurkan aduan dan maklum balas bagi penambahbaikan perkhidmatan.  UTMSPACE mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang hadir bagi menjayakan program ini.

.facebook_1433640233247

.facebook_1433648961852