Browse By

Hari Terbuka UTMSPACE Ogos 2015

UTMSPACE telah menganjurkan acara HARI TERBUKA pada 2 OGOS 2015 di perkarangan utama bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur. Objektif program ini dijalankan adalah :

  1. Mempromosikan program UTMSPACE , Kolej SPACE dan permohonan secara terus atas talian
  2. Mendapatkan maklum balas pelanggan bagi penambahbaikan mutu perkhidmatan
  3. Hari Bertemu Pelanggan dan menerima aduan pelanggan
  4. Menambah FB likers UTMSPACE

Program ini telah menarik perhatian lebih 400 orang pelanggan bagi melawat kaunter-kaunter yang disediakan seperti kaunter promosi yang ditawarkan UTMSPACE. Di samping menerima aduan dan maklum balas pelanggan, serta memeriahkan program tersebut kaunter mesra pelanggan telah mengadakan kuiz puzzle dan teka kacang di dalam balang. Kuiz ini telah menarik minat ramai pelanggan untuk mencuba nasib.

Kaji selidik juga telah dijalankan bagi mendapatkan maklum balas dan persepsi mahasiswa program separuh masa terhadap perkhidmatan UTMSPACE. Sebanyak 331 borang telah diterima untuk dianalisa. FB UTMSPACE juga telah mendapat likers baru 90 orang pelanggan bagi promosi yang bermula dari 9 pg hingga 4 ptg. Pelbagai cenderahati diberikan kepada yang berminat like dan memberi maklum balas.

Progam ini perlu diadakan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan silarturrahim antara staf UTMSPACE dengan pelanggan khasnya bagi mahasiswa program pengajian separuh masa.Terima kasih kepada semua pelanggan yang hadir dan penglibatan staf UTMSPACE dalam menjayakan program ini. Ruang ada ini dapat dimanfaatkan bagi menilai kualiti perkhidmatan pelanggan UTMSPACE.

 


DSE_7549 (2)
DSE_7534 (2)DSE_7529 (2)DSE_7497-1 (2)