Browse By

Majlis Penyampaian Diploma Program Eksekutif UTMSPACE 2013

26 Mei 2014 – UTMSPACE meraikan 721 graduan dari program Eksekutif dalam satu Majlis Penyampaian Diploma sempena Konvokesyen UTM kali ke-52 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Penganugerahan yang diberikan adalah graduan dari Program Eksekutif dan Diploma Profesional 2013 dari 21 Pusat Pengurusan Program UTMSPACE juga turut dijemput dalam sesi penyampaian  ini.

Dalam, majlis Penyampaian tersebut, Y.Bhg Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM dan UTMSPACE, berbesar hati untuk menyampaikan diploma kepada para graduan. Majlis tersebut juga diiringi oleh Prof. Ir. Dr. Wahid Bin Omar, Naib-Canselor UTM dan Dekan UTMSPACE, Prof. Dr. Khairul Anuar B. Abdullah, serta ahli-ahli akademik yang lain.

Dalam Majlis Penyampaian ini juga,  Ybhg. Tn. Hj. Rasman B Ithnain, ADUN Mersing, yang telah bergraduat dengan jayanya dan menjadi alumni UTMSPACE. Beliau yang ditemui merasa bersyukur kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang melalui Program Eksekutif UTMSPACE. Beliau turut menyatakan penghargaan kepada UTMSPACE kerana memberi peluang kepada golongan yang tidak berkesempatan untuk melanjutkan pengajian disebabkan kekangan tanggungjawab kepada keluarga. Beliau turut berbangga kerana hasil usaha gigihnya di samping kesibukan sebagai seorang wakil rakyat yang terpaksa menjaga 24,000 penduduk di kawasan ADUN Sedili, telah membuahkan hasil dan dapat memberikan contoh tauladan dan inspirasi kepada anak-anaknya dan penduduk setempat di bawah seliaannya. Menurutnya lagi, peluang kedua seperti inilah yang perlu direbut oleh golongan bekerja di luar sana untuk meningkatkan kemahiran dan profesionalisma dalam bidang kerjaya yang diceburi sekian lama.

Berikut ialah senarai Pusat Pengurusan Program Eksekutif UTMSPACE yang hadir.

  1. Bestpartner Sdn. Bhd
  2. Specialist Knowledge Centre Sdn. Bhd.
  3. Barring Edu Training Sdn. Bhd
  4. EBM Education Management Sdn. Bhd
  5. Sorient Sdn. Bhd
  6. Technology College Sarawak Sdn. Bhd
  7. Global Pacific Academy Sdn. Bhd
  8. JCM Consultants Sdn. Bhd
  9. Knowledge Univere Sdn. Bhd
  10. MCS Academy Sdn. Bhd
  11. Rivermore Consults Sdn. Bhd
  12. Sree Knowledge Provider Sdn. Bhd
  13. Edu Ace Sdn. Bhdte Of Malaysia Sdn. Bhd
  14. Infoera Sklills Development Sdn. Bhd
  15. Shah Synergy Sdn. Bhd
  16. AK Academy Sdn. Bhd
  17. Entrepreneurship Institute of Malaysia Sdn. Bhd
  18. Execpro Resources
  19. Samudera Management Consultants Sdn. Bhd.
  20. SCM Profesional Centre Sdn. Bhd.
  21. RC of Professional Learning Sdn. Bhd

UTMSPACE mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan!

konvo upex 1

4

3

2