Browse By

Majlis Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE Sempena Konvokesyen ke 53 UTM

31 Oktober 2014 – UTMSPACE sekali lagi meraikan graduannya melalui Majlis Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE sempena Konvokesyen ke-53 Universiti Teknologi Malaysia. UTMSPACE telah  memberi penghargaan kepada para graduan yang meraih kejayaan cemerlang dalam pengajian Program Separuh Masa di peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Seramai 46 graduan telah diraikan dalam majlis yang diadakan di Pulai Spring Resort, Johor Bahru. Pengarah Pusat Pengajian Separuh Masa UTMSPACE, Profesor Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohd Yunus menyatakan kejayaan para graduan adalah hasil komitmen mereka serta usaha sama pelbagai pihak. Menurut beliau lagi, UTMSPACE mahu memastikan pembelajaran sepanjang hayat menjadi proses dalam memartabatkan bidang keilmuan, bangsa dan Negara Malaysia. Dalam majlis ini, para graduan cemerlang telah menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500, medal dan pelbagai hadiah lain.

11 22 33

Pada Majlis Konvokesyen ke-53 UTM ini, Profesor Dr. Khairul Anuar Bin Abdullah, Dekan UTMSPACE menyatakan seramai 380 graduan Pengajian Separuh Masa layak dianugerahkan. Seramai 10 graduan menerima Hadiah Akademik UTMSPACE atas kejayaan mendapat Kelas Pertama. Berikut adalah nama-nama penerima hadiah akademik UTMSPACE :

BIL

NAMA GRADUAN

PROGRAM

KELAS

1

Hazman Bin Hamdan

SGH

S1

2

Mohamad Hairul Nizam Bin Md Rosman

SBS

S1

3

Mohd Azrul Bin Masaud

SCJ

S1

4

Mohd Nasrun Firdaus Bin Azmi

SHR

S1

5

Mohd Shuhaimi Bin Abdul Aziz

SCJ

S1

6

Nor Syakirah Binti Mohd Nilam

SCJ

S1

7

Norzila Binti Ngadiman

SCJ

S1

8

Sufrie Bin Abdullah @Geva Gerald Ratnam

SBS

S1

9

Tan Siok Hoon

SPH

S1

10

Nik Mohamad Azim Bin Kamarudin

DDE

S1

Turut diraikan Penerima Anugerah Dekan seramai 34graduan yang memperoleh PNGK 3.50 dan ke atas. Graduan bagi kategori Suami/Isteri  yang telah berjaya bergraduan dalam konvokesyen kali ke-53 UTM juga menerima hadiah daripada UTMSPACE. Dengan wujudnya usaha gigih daripada pelbagai pihak, UTMSPACE masih terus mara ke hadapan sehingga kini. Seramai lebih 13,868 graduan dalam pelbagai bidang menerusi Program Pengajian Separuh Masa ini telah dilahirkan oleh UTMSPACE sejak 22 tahun kelahirannya dan seterusnya telah terbukti menjadi pemangkin kemajuan Negara sebagai modal insan yang berkualiti dan berkaliber.

Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE diwujudkan secara khusus bagi menyampaikan rasa terima kasih dan ucapan tahniah kepada para graduan yang telah gigih berusaha meningkatkan pengetahuan demi kemajuan diri dan kerjaya mereka pada masa akan datang. UTMSPACE mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua graduan Pengajian Separuh Masa, UTM pada majlis konvokesyen kali ini.

44 55