Browse By

Hari Terbuka UTMSPACE 2015

UTMSPACE telah menganjurkan acara HARI TERBUKA pada 5 April 2015 di perkarangan utama bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur. Objektif program ini dijalankan adalah :
I.    Mempromosikan program UTMSPACE , Kolej SPACE dan permohonan secara terus atas talian
II.   Mendapatkan maklum balas pelanggan bagi penambahbaikan mutu perkhidmatan
III.  Hari Bertemu Pelanggan dan menerima aduan pelanggan

hari-terbuka3

hari-terbuka1

hari-terbuka2

Program ini telah menarik perhatian lebih 300 orang pelanggan bagi melawat kaunter-kaunter yang disediakan. Antaranya kaunter promosi bagi mempromosikan program yang ditawarkan UTMSPACE. Di samping mendapatkan aduan dan maklum balas pelanggan, bagi memeriahkan program tersebut kaunter mesra pelanggan telah mengadakan kuiz penaipan pantas dan telah menarik minat ramai pelanggan untuk menyertai.

Kaji selidik juga telah dijalankan bagi mendapatkan maklum balas dan persepsi mahasiswa program separuh masa terhadap perkhidmatan UTMSPACE secara online dan juga manual. Sebanyak 278 telah diterima untuk dianalisa. FB UTMSPACE juga telah meningkatkan jumlah peminatnya bagi promosi yang bermula dari 9 pg hingga 4 ptg. Pelbagai cenderahati diberikan kepada yang berminat.

Maklum balas  yang diterima adalah positif daripada pelanggan dan mereka berasa berpuas hati kerana dapat menyalurkan aduan dan maklum balas bagi penambahbaikan perkhidmatan UTMSPACE. Progam ini perlu di adakan lagi pada masa akan datang bagi mengeratkan silarturrahim antara staf UTMSPACE dengan pelanggan khasnya bagi mahasiswa program pengajian separuh masa.

Seramai lima orang pelajar telah berjaya mendaftar program kolej Space bagi kemasukan Mac 2015. Hari terbuka ini juga memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen dan menjalankan kerjasama khasnya dalam memasarkan program profesional. Terima kasih kepada semua pelanggan yang hadir dan penglibatan staf UTMSPACE bagi menjayakan program ini.