Perlawanan Persahabatan Futsal UTMSPACE bersama Kelab Media Johor kali ke-2

UTMSPACE telah mengadakan satu perlawanan persahabatan futsal bersama Kelab Media Johor pada 30 September 2015. Perlawananan ini berlangsung di Daiman Sports Centre, Skudai. Ini merupakan perlawanan kali ke-2 antara UTMSPACE dan Kelab Media Johor bermula daripada tahun 2014.

Futsal1

Sebanyak 5 pasukan dari UTMSPACE (2 pasukan UTMSPACE KL, 2 pasukan UTMSPACE JB & 1 pasukan wanita UTMSPACE) yang telah bertanding. Selain itu, 4 pasukan lelaki dan 1 pasukan wanita mewakilkan Kelab Media Johor dalam perlawanan ini.

Futsal3

Tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan baik yang sedia ada bersama pihak media, dan juga sebagai penghargaan kepada mereka yang telah banyak memberikan kerjasama dan liputan dalam acara anjuran UTMSPACE.

Futsal4

Perlawanan dirasmikan dengan sepak mula oleh En. Salleh bin Kassim, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Bisnes seawal jam 8.30 malam. Perlawanan ini merangkumi acara peringkat kumpulan dan seterusnya ke peringkat kalah mati. Majlis ditamatkan dengan acara penyampaian pingat dan piala kepada pemenang.

Futsal5

Pemenang bagi perlawanan futsal kategori lelaki adalah seperti berikut :

Tempat Pertama       :           Pasukan UTMSPACE JB (B)

Tempat Kedua          :           Pasukan UTMSPACE KL (B)

Tempat Ketiga          :           Pasukan UTMSPACE KL (A)

Futsal7

Pemenang bagi perlawanan futsal kategori wanita :

Tempat Pertama       :           Pasukan MEDIA

Tempat Kedua          :           Pasukan UTMSPACE

Futsal6