Browse By

Majlis Anugerah Dekan & Hadiah UTMSPACE Pengajian Separuh Masa (Konvokesyen ke-55)

Seramai 454 graduan Pengajian Separuh Masa UTMSPACE layak dianugerahkan sempena majlis Konvokesyen ke-55 UTM kali ini. Majlis Anugerah Dekan & Hadiah UTMSPACE telah diadakan di Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai pada 23 Oktober 2015 (Jumaat). Majlis ini menjadi satu upacara tradisi UTMSPACE bagi meraikan graduan pengajian separuh masa UTM yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam akademik sepanjang pengajian.

DSC_1163

DSF_2839_1 DSF_2628

Jumlah graduan pada kali ini merangkumi 322 graduan Sarjana Muda dan 132 graduan Diploma pengajian separuh masa. Seramai 67 graduan yang hadir pada Majlis Anugerah Dekan & Hadiah UTMSPACE ini. Penerima Anugerah Dekan UTMSPACE yang mendapat Kelas Pertama adalah seramai 57 orang graduan. Turut diraikan adalah Penerima Anugerah Akademik seramai 34 orang graduan yang telah mendapat PNGK 3.50 dan ke atas. Antara hadiah yang diberikan kepada penerima anugerah adalah sebuah piala, sekalung pingat, wang tunai dan sekeping sijil.

 

Majlis penyampaian Anugerah Dekan ini telah disempurnakan oleh Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE. Beliau turut diiringi oleh Prof. Dr. Mohd Fua’ad bin Hj. Rahmat, Dekan SPACE. Selain daripada anugerah-anugerah tersebut, UTMSPACE juga berbesar hati memberikan Hadiah Khas UTMSPACE kepada graduan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Seramai 6 orang graduan (3 pasangan adik-beradik) yang telah menerima Hadiah Khas UTMSPACE manakala 6 pasangan Suami/Isteri menerima Hadiah Khas ini. UTMSPACE mengucapkan tahniah atas kecemerlangan dan berjaya menamatkan pengajian pada konvokesyen ke-55 UTM ini.

Antara yang menjadi perhatian pada majlis ini adalah graduan Sarjana Muda Sains (Pentadbiran dan Pembangunan Tanah) iaitu Encik Mahathir bin Sayudin. Beliau merupakan penerima Anugerah Dekan dan penerima Hadiah Akademik UTMSPACE. Beliau juga turut berbangga kerana berjaya menamatkan pengajian bersama isteri tersayang sekaligus menjadi penerima Hadiah Khas UTMSPACE (kategori Suami/Isteri). Beliau mengucapkan terima kasih kepada UTM kerana program UTMSPACE ini telah memberi laluan kepada masyarakat untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi taraf pendidikan bagi golongan bekerja.

 

Semua penerima anugerah telah mengabadikan kenangan bersama Pengarah Urusan, Dekan SPACE, dan juga barisan pengurusan UTMSPACE dalam sesi penggambaran. UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang berjaya dan terus cemerlang dalam kerjaya.

 

 

Penerima Hadiah Khas UTMSPACE (Kategori Suami/Isteri)

PENERIMA

PROGRAM

Ahmad Syahir bin Mohammad GhazaliNor Azuraida bin Ramli Sarjana Muda Ukur BahanSarjana Muda Ukur Bahan
Mohd Hazwan Shah bin AliasLiyana binti Mohd Zakawan Sarjana Muda Ukur BahanSarjana Muda Ukur Bahan
Mahathir bin SayudinYusmizana binti Che Soh Sarjana Muda Sains (Pentadbiran & Pembangunan Tanah)Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)
Bee Soon HuatWalihni a/p Ahai Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal)Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)
Hafez Al – Amin bin WahidNazira binti Zainal Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Mohd Yusrizal bin Mohd NoorNoor Azreen binti Md Jais Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

 

 

Penerima Hadiah Khas UTMSPACE (Kategori Adik-Beradik)

PENERIMA

PROGRAM

Nor Azuraida binti RamliNorazlina binti Ramli Sarjana Muda Ukur BahanSarjana Muda Ukur Bahan
Mohd Fahmi bin Mohd RashinNor Adilah binti Mohd Rashin Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fadhilah binti Abdul MajidNoor Baitee bt Abdul Majid Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)Diploma Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)