The Ceremony of UTMSPACE Diploma Executive Programme Presentation 2016

The Ceremony of UTMSPACE Diploma Executive Programmme Presentation 2016, was successfully held on 25th April 2016 at Dewan Sultan Iskandar UTM Johor Bahru. It started with a speech from the Vice Chancellor of UTM, the honourable Professor Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar and followed by the Honourable Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Chairman of the Board of Directors of UTM with his speech.

Convo12016

In his speech, the Vice-Chancellor of UTM, emphasized on the importance of someone’s knowledge which needs to improved from time to time. Lifelong learning programme is an excellent initiative because, it does not only able to change the socio-economy of their families for the betterment, but also in a position to mobilize the country’s development through the production of high-skilled human capital.

He added that UTM has managed to produce graduates with a holistic and entrepreneurial identity, as well as has high resistance parallel to the surge that focus on the generation of first class human capital. He congratulated the graduates who have been successful.

As mentioned by the Honourable Tan Sri Abdul Halim bin Ali the Board of UTMSPACE Chairman in his speech, he advises that graduates need to highlight the potential within a range of experience that can improve the career skills in the future.

Convo32016

A total of 724 graduates were celebrated in the ceremony. 96 graduates were from the Diploma in Executive and 629 graduates were from the Professional Diploma Programme were awarded in the ceremony.

They are from the 24 centers of UTMSPACE programme management. UTMSPACE has offered a total of sixty-one Executive Diploma Programme and the Professional Diploma.

Convo22016

 

Convo42016

Majlis Penyampaian Diploma Program Eksekutif UTMSPACE 2016

Majlis penyampaian Diploma Program Eksekutif UTMSPACE, telah berlangsung pada 25hb April 2016 di Dewan Sultan Iskandar UTM Johor Bahru. Majlis telah di mulakan dengan ucapan daripada Naib Cancelor UTM Yang Berbahagia Profesor Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar dan diikuti dengan ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM.

Dalam teks ucapan Naib Cancelor UTM, beliau menekankan ilmu skil dan kemahiran di dalam diri seseorang perlu sentiasa dipertingkatkan. Program pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu inisiatif terbaik, bukan sahaja mampu mengubah sosio-ekonomi sesebuah keluarga kepada yang lebih baik bahkan berperanan dalam menggerakkan pembangunan negara menerusi penghasilan modal insan yang berkemahiran tinggi.

Tambah beliau lagi,  UTM telah berjaya menghasilkan graduan yang bukan sahaja beridentitikan holistik dan entrepreneurial, malah mempunyai daya tahan tinggi yang selari dengan lonjakan yang memfokuskan kepada usaha penjanaan modal insan kelas pertama. Beliau mengucapkan tahniah kepada graduan yang telah berjaya.

Memetik daripada ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Halim bin Ali Pengerusi Lembaga Pengarah UTMSPACE pula, beliau memberi nasihat bahawa para graduan usah terlalu memilih peluang pekerjaan yang ditawarkan, sebaliknya serlahkan potensi diri dengan pelbagai pengalaman yang mampu meningkatkan kemahiran kerjaya di masa akan datang. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada graduan yang berjaya.

Pada Majlis Penyampaian Diploma Eksekutif kali ini, seramai 724 orang graduan telah diraikan iaitu, 96 orang graduan daripada Program Diploma Eksekutif dan 629 graduan daripada Program Diploma Profesional pula.

Mereka adalah graduan daripada 24 buah pusat pengurusan program UTMSPACE. UTMSPACE telah menawarkan sebanyak enam puluh  satu Program Diploma Eksekutif dan Diploma Profesional.

Pengerusi Lembaga Pengarah, Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Halim bin Ali telah menyampaikan diploma kepada graduan yang telah berjaya.