Browse By

The Registration and Welcoming New Students Ceremony

UTMSPACE once again successfully held the registration and welcoming ceremony of the September new intake students for UTM  Part-Time Degree Programme on 3 September 2016 at PRZS UTM.

 

1 8  2

A total of 867 new candidates were offered to study in UTMSPACE. Around 515 students have registered to the Bachelor Degree of Engineering programme. The ceremony was officiated by the Dean of UTMSPACE the Ybhg. Prof. Dr. Mohd Fua’ad bin Hj. Rahmat .

In his speech, he advised the students to be ready to face and overcome any challenges that they will go through during their period of study. He took the time to answer some questions from the students in the question and answer session.  He also congratulated all the students who managed to make it for the registration. The event continued in the afternoon for the respective faculty briefing session.

5

910UTMSPACE Shaping Mind Building Careers.

 

Majlis Aluan & Pendaftaran Mahasiswa Baru, Pengajian Separuh Masa, Universiti Teknologi Malaysia

UTMSPACE telah mengadakan Majlis Aluan & Pendaftaran Mahasiswa Baharu, Pengajian Separuh Masa, Universiti Teknologi Malaysia pada 3 September 2016 (Sabtu). Sesi pendaftaran tersebut telah diadakan di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.  

Jumlah calon yang berjaya ditawarkan untuk menyambung pengajian di UTMSPACE adalah seramai 867 orang. Seramai 515 orang mahasiswa yang ditawarkan dalam Sarjana Muda program Kejuruteraan sahaja. Mereka kelihatan sangat bersemangat untuk memulakan pengajian Program Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE. Calon-calon mahasiswa daripada seluruh Malaysia datang ke UTM kampus Skudai untuk majlis pendaftaran ini.

Majlis pendaftaran mahasiswa ini telah dirasmikan oleh Dekan UTMSPACE iaitu Ybhg. Prof. Dr. Mohd Fua’ad bin Hj. Rahmat. Beliau menasihatkan supaya semua mahasiswa bersedia untuk menempuh segala cabaran yang akan datang semasa tempoh pengajian. Beliau sempat meluangkan masa untuk sesi soal jawab bersama mahasiswa. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa yang telah mendaftar untuk menyambung pengajian di UTMSPACE. Taklimat Pengajaran dan Pembelajaran Program Pengajian Separuh Masa bagi setiap fakulti yang terlibat telah diadakan pada sebelah petang kepada semua mahasiswa.

En. Azman Nordin, seorang bapa kepada mahasiswa yang mendaftar, sanggup datang ke Johor Bahru dari Kota Bahru, Kelantan. Beliau menyatakan bahwa anaknya sanggup menunggu permohonan kemasukan UTM diluluskan walaupun telah dua kali gagal mendapat tawaran. Antara sebab mengapa anak En Azman memilih UTM adalah kerana UTM memang terkenal dengan program Kejuruteraan yang mendapat banyak pengiktirafan.

Semua mahasiswa dibenarkan pulang selepas taklimat Fakulti tamat sekitar jam 4 petang. UTMSPACE mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa dan selamat menempuh alam baru di UTM.