Browse By

Jelajah Johor UTMSPACE 2016

Perjalanan bermula daripada pejabat UTMSPACE JB pada 19 Disember dan berakhir pada 22 Disember 2016.

Terdapat 2 siri jelajah yang dilaksanakan:

a)Siri Pertama – 19 & 20 Disember 2016 merangkumi daerah Kota Tinggi, Mersing, Kluang dan Kulai.

b) Siri Kedua – 21 & 22 Disember 2016 merangkumi daerah Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

jelajahjohor1Siri jelajah ini dilaksanakan untuk memberi pemdedahan kepada umum terutama sekali kepada Warga Johor Tentang UTMSPACE dan program – program yang ditawarkan khususnya untuk pengambilan pengajian separuh masa ambilan Feb 2017.

Cenderahati UTMSPACE turut diagih agihkan kepada pengunjung.

Rata – rata orang ramai telah mengetahui kewujudan UTMSPACE namun tidak pasti program apakah yang ditawarkan kepada umum. Di sini peranan Skuad Mesra UTMSPACE adalah untuk memberi penerangan tentang program – program pengajian Sepanjang Hayat yang dijalankan oleh UTMSPACE dan sekali gus mendekati orang ramai khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.

Sepanjang siri penjelajahan, pengunjung memberi respon yang amat baik dan ia merupakan pendedahan yang baik bagi memperkenalkan dan mempromosikan UTMSPACE kepada rakyat Johor.

 

jelajahjohor2jelajahjohor3 jelajahjohor4 jelajahjohor5