Browse By

MY ENGLISH CAMP UTMSPACE 2012

MY ENGLISH CAMP UTMSPACE 2012

16 Nov – UTMSPACE buat pertama kalinya mengadakan satu program khas sempena cuti sekolah 2012 ini. Program My English memberi peluang kepada pelajar dari tingkatan 1-4 khususnya dari sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru untuk mengikuti program ini. Program selama 3 hari 2 malam ini memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris.

Majlis perasmian pada 16 Nov telah dijalankan di Kolej Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof. Sr. Dr. Megat Mohd Ghazali Megat Abd Rahman, Pengurus Besar Kanan Bhgn Pentadbiran Dan Pengurusan Harta Tanah UTM SPACE.

Lebih menggembirakan lagi pelajar-pelajar yang menyertai, UTMSPACE turut membawakan khas 2 pelakon dari siri drama pendidikan terkenal Astro, Oh! My English iaitu Jibam dan Mazlee. Kedua-dua pelakon tersebut turut serta pada hari pertama kem untuk memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada pelajar-pelajar yang menyertainya.

Calendar Upp 2012

Pada siri pertama ini seramai 103 orang pelajar yang terlibat dari sekolah-sekolah sekitar daerah Johor Bahru. Antaranya ialah SMK Mutiara Rini, SMK Bandar Baru Uda, SMK Engku Tun Aminah dan banyak lagi. Antara tujuan program ini diadakan ialah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah. Selain itu juga, ia dapat menambahkan keyakinan kepada pelajar-pelajar untuk berkomunikasi

Menurut salah satu pelajar yang ditemui, Farzana Abu Samah, 16 ,penyertaan beliau dalam Program My English Camp UTMSPACE adalah atas kerelaannya sendiri selepas guru di sekolah memberitahu tentang program tersebut. Tujuan beliau menyertai program ini adalah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris yang masih berada dalam tahap sederhana.

Program ini merupakan salah satu program CSR (Corporate Social Responsibility) dimana UTMSPACE telah menaja 30 orang pelajar untuk menyertai program ini pada siri ke 3. Pelajar-pelajar yang ditaja adalah dari Rumah anak-anak Yatim Ar-Rayyan di Majidee Johor. Selain dari itu juga, UTMSPACE turut menaja sebilangan pelajar-pelajar dari sekolah yang terpilih dimana pelajar tersebut kurang berkemampuan supaya dapat mengikuti program tersebut.