Browse By

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA JOHOR SKILLS DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD. & UTMSPACE

29 Oktober 2023 – Telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Johor Skills Development Centre Sdn. Bhd. & UTMSPACE yang bertempat di Bangunan T05, UTM Johor Bahru. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, UTMSPACE, YBrs. Prof Ts Dr. Nazri bin Ali, Pengurus Besar Pusat Pengajian Diploma SPACE UTM, Sr. Ts. Yusmady bin Md. Junus, Pengurus Besar, Johor Skills Development Centre Sdn. Bhd. , YBhg. En. Sallehhuddin bin Mohd Noh dan Ketua Unit Pemasaran Johor Skills, Puan Maslina binti Aziz.

Ucapan aluan oleh YBrs. Prof Ts Dr. Nazri bin Ali, telah menyatakan UTM sebagai sebuah universiti penyelidikan yang sentiasa beraspirasi untuk menjadi sebuah universiti inovatif, entrepreneurial dan global. Menurut beliau, UTMSPACE telah menjalankan program pembelajaran sepanjang hayat sejak lebih 30 tahun yang lalu manakala SPACE UTM melalui Pejabat Pusat Pengajian Diploma pula, menawarkan program-program Diploma kepada pelajar lepasan SPM. Melalui kerjasama antara UTMSPACE dan Johor Skills Development Centre Sdn. Bhd. ini, akan menyediakan platfom kepada pelajar lepasan Diploma dalam bentuk pendedahan kepada ilmu kemahiran dan praktikal oleh Johor Skills.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Hal Ehwal Akademik UTMSPACE, Dr. Lily Suriani Binti Mohd Arif, Pengarah Pembangunan dan Sumber Manusia UTMSPACE, YBrs. Ts. Nik Maria Binti Nik Mahamood, Pengarah Pembangunan Bisnes UTMSPACE, Pn. Zareena binti Omar serta barisan pengurusan tertinggi dan para-para petugas.