Browse By

UTMSPACE dan MSNJ Memperkasa Pendidikan Tinggi Dalam Bidang Sukan Negeri Johor

13 Feb. 2024, Johor Bahru – Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara UTMSPACE dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) yang telah ditandatangani oleh Prof Ts. Dr Nazri bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE | Dekan SPACE UTM dan Ybrs. Ts Mohd Ekmaluddin bin Ishak, Pengarah MSNJ. Sesi menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghani pada Majlis Countdown SUKAM Johor “SUKMA 2024: The Next Chapter” di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru, Arena Larkin.

MoU ini merupakan jaringan kerjasama universiti dengan industri dalam pemerkasaan pendidikan tinggi dan pembangunan kemahiran profesional dalam bidang sukan di negeri Johor. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran lebih 300 orang tetamu dalam kalangan atlet negeri Johor dan kakitangan MSNJ serta Perbadanan Stadium Johor.

Turut hadir bersama, Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi; Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamim, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan; Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru; Yang Berhormat Dato’ Haji Noorazam bin Dato’ Haji Othman, Datuk Bandar MBJB; Prof Ts. Mohd Ekmaluddin Isha, Pengarah MSN, barisan Pengurusan Tertinggi UTMSPACE, Ahli Lembaga Pengurus MSNJ dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Stadium Johor.