DELEGASI UMSFLEC LAWAT UTMSPACE BAGI PERBINCANGAN STRATEGIK
25 Jun 2025 | Residen UTM Kuala Lumpur – UTMSPACE menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Universiti Malaysia Sabah Flexible Education Centre (UMSFLEC) yang diketuai oleh Prof. Madya. Ts. Dr. Sazmal Effendi bin Arshad, Pengarah UMSFLEC.
Delegasi disambut oleh YBrs. Prof. Dr. Nazri bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE bersama barisan pengurusan kanan.
Lawatan ini memberi tumpuan kepada perbincangan strategi kewangan dan hala tuju pendanaan serta penanda aras pelan strategik dan operasi pendidikan fleksibel, termasuk pembentangan institusi, perkongsian amalan terbaik dan perbincangan kerjasama masa depan.
Inisiatif ini dijangka memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi dalam memperkasakan pendidikan fleksibel dan inovatif di Malaysia.



