Browse By

ACARA PELEPASAN SKUAD JELAJAH HARI TERBUKA UTMSPACE

KUALA LUMPUR – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE) cawangan Kuala Lumpur mengadakan program Jelajah Hari Terbuka dengan kerjasama KL fm selama tiga hari di sekitar ibu kota bermula 6 Jun 2012.

Pengarah Bahagian Program Profesional UTMSPACE, Prof Dr. Abdul Halim Abdul Raof (gambar) berkata, program tersebut bertujuan menyebarkan maklumat tentang Hari Terbuka UTMSPACE yang bakal diadakan pada 9 dan 10 Jun ini.

“Pelbagai aktiviti dijalankan seperti member maklumat serta tawaran program pendidikan sepanjang hayat kepada orang ramai, kuiz dan pemberian cenderamata.

“Program ini diharapkan dapat merapatkan hubungan dengan komuniti setempat selain meluaskan rangkaian perniagaan antara komuniti, “ ujarnya ketika berucap pada majlis Pelepasan SKuad Jelajah UTMSPACE Kuala Lumpur di sini semalam.

Antara lokasi skuad jelajah itu ialah sekitar Jalan TAR, Jalan Masjid India, Bukit Bintang, Stesen LRT Hang Tuah, Pantai Dalam, KL Sentral,Pasar Tani Putrajaya, Kampung Baru dan Masjid Putra (Putrajaya).

Menurut Prof Dr. Abdul Halim Abdul Raof, mereka yang ingin mendaftar untuk mengikuti Program Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE boleh melakukan nya semasa hari terbuka tersebut.

Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Bisnes , En Salleh Bin Kassim memulakan acara dengan memberi ucapan.