Browse By

Majlis Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-20 UTMSPACE

12 Jun 2013 : Pada tanggal 1 Julai 2013 ini, genaplah 20 tahun usia UTMSPACE sebagai sebuah institusi program pembelajaran sepanjang hayat dalam arus pendidikan di Malaysia. Mula ditubuhkan pada tahun 1993, UTMSPACE menyediakan peluang pendidikan lanjutan dalam pelbagai program seperti program separuh masa, pembangunan profesional dan lain-lain yang khusus untuk golongan bekerja yang inginkan peningkatan dalam taraf pendidikan dan profesionalisme dalam bidang masing-masing.

Justeru, bersempena meraikan ulang tahun istimewa ke-20 ini, pelbagai aktiviti dan acara telah dirancang dan bakal dilaksanakan sehingga penghujung tahun 2013. Sambutan dimulakan dengan Majlis Doa Selamat dan perasmian ulang tahun ke-20 UTMSPACE yang telah diadakan di Dewan Alumni, UTM Johor Bahru bermula jam 12 tengahari dan tamat kira-kira jam 2 petang. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Rose Alinda Alias, Timbalan Naib Canselor, Akademik dan Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia selaku wakil kepada Pemangku Naib Canselor.

Dalam ucapannya, beliau berkata “Ulang tahun UTMSPACE yang ke-20 tahun ini merupakan penanda aras untuk pergi lebih jauh pada masa hadapan. Tanggungjawab yang diberikan merupakan satu amanah yang harus dipikul oleh pengurusan dan semua staf UTMSPACE dan memacu kejayaan yang lebih cemerlang”

Dalam majlis tersebut, Yang Berbahagia Prof. Dr Rose Alinda turut diberikan penghormatan untuk melakar ucapan tahniah dan tandatangan pada papan istimewa sempena mengingati ulang tahun ke-20 UTMSPACE. Beliau turut memotong kek ulang tahun UTMSPACE pada majlis tersebut.

Antara acara-acara lain yang telah disusun sehingga hujung tahun bagi sambutan ulang tahun ini adalah Majlis Perasmian Kolej UTMSPACE, Sambutan Bulan Kemerdekaan UTMSPACE, Program Amal Bowling bersama Media Johor dan Anak Yatim serta program Amazing Race untuk staf UTMSPACE.

 

Pengarah Urusan/ Dekan UTMSPACE sewaktu memberikan ucapan aluan dalam Majlis Doa Selamat UTMSPACE bertempat di Dewan Alumni, UTM Skudai

Kek Ulangtahun ke-20 UTMSPACE

Prof. Dr. Rose Alinda memotong kek ulangtahun UTMSPACE ke-20

 

Staf yang hadir di majlis Doa Selamat UTMSPACE

 

Staf yang hadir di majlis Doa Selamat UTMSPACE

 

Staf yang hadir di majlis Doa Selamat UTMSPACE