Browse By

GRADUAN INTECH CEMERLANG DALAM PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE

GRADUAN INTECH CEMERLANG DALAM PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE
Majlis Penyampaian Program Kerjasama dan Diploma yang berlangsung pada 22 Oktober 2011 yang lalu telah menyaksikan kejayaan 1,883 graduan yang telah menerima diploma masing-masing. Penyampaian Diploma yang telah berlangsung tersebut telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM untuk sesi pertama (pagi) dan Naib Canselor YBhg Profesor Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang bagi sesi kedua (petang). Pada Majlis Penyampaian Diploma Program Kerjasama dan Eksekutif UTMSPACE 2011, seramai 1,883 graduan menerima diploma masing-masing. Dari jumlah itu, seramai 486 graduan adalah di bawah Program Diploma Eksekutif daripada 10 buah rakan pintar (smart partner) dan seramai 1,397 graduan di bawah program diploma kerjasama UTMSPACE. Jumlah pelajar Program Kerjasama UTMSPACE telah dilahirkan sejak 2000 hingga 2011 adalah seramai 20,606 orang.
Pihak UTM sentiasa memantau dari segi kualiti graduan UTMSPACE dan program kerjasama dengan pusat-pusat kerjasama kerana UTMSPACE turut mengendalikan sepenuhnya program Diploma sepenuh masa di arus perdana. Sehingga kini sejumlah 18 buah Pusat Kerjasama telah menjalankan program Akademik UTM yang meliputi bidang Kejuruteraan, Kejuruteraan Teknologi (yang berteraskan kemahiran), Pengurusan dan Sains Komputer. Manakala melalui Program Eksekutif, sejumlah 20 Rakan Pintar telah menawarkan kursus bukan akademik dalam pelbagai bidang.
UTMSPACE menawarkan program diploma UTM melalui program kerjasama dan Program Diploma Eksekutif bagi memberi laluan akademik alternatif kepada mereka yang ingin belajar. Salah satu program yang telah dijalankan secara dalaman ialah program Diploma Executive In Manufacturing Management . Seramai 22 orang pelajar yang terdiri dari kakitangan Syarikat Instruments Technology (Johor) Sdn Bhd telah menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam majlis penyampaian Diploma Program Kerjasama dan Program Eksekutif 2011 baru-baru ini.
Syarikat Instruments Technology (Johor) Sdn Bhd atau dikenali Intech merupakan sebuah syarikat pengeluaran yang menghasilkan komponen jam mekanikal, jam analog, pengeluaran alatan memotong, dan lain-lain. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Seiko Instruments Singapore. Antara aktiviti utama perniagaannya ialah pemasangan jam, pemasangan sub-proses, pemesinan larik automatik, pemotongan gear, dan lain-lain. Syarikat ini juga mempunyai 2 buah pusat operasi iaitu di Jalan Petaling, Kawasan Perindustrian Larkin dan Jalan Firma 2, Jalan Perindustrian Tebrau. Pusat operasi di Intech Larkin telah mula beroperasi sejak Januari 1990 manakala Intech Tebrau pula beroperasi sejak Disember 2003. Syarikat Intech mempunyai pekerja seramai hampir 700 orang dan syarikat ini juga telah mendapat pengiktirafan ISO 9002 sejak tahun 1995 dan sehingga kini mendapat pengiktirafan ISO 9002 dari masa ke semasa.
Pelajar Eksekutif UTMSPACE dari Syarikat Intech telah mempunyai pengalaman kerja 5 tahun ke atas. Jawatan mereka adalah terdiri daripada penolong pegawai sehinggalah ke peringkat pengurus. Pengajian pelajar ini bermula dari Oktober 2009 hingga January 2011. Keputusan Purata Nilai Timbunan (CGPA) pelajar-pelajar ini berada diantara 3.12 sehingga 3.93. Antara pelajar yang cemerlang bergraduat ialah Juliani Jaafar dengan Purata nilai timbunan (CGPA) 3.93, Norizan Jamaluddin dengan CGPA 3.89 dan Normaya Suriman dengan CGPA 3.83. Kegigihan dan keazaman mereka untuk meneruskan pengajian tanpa meninggalkan kerjaya telah berjaya menampakkan hasil yang cemerlang untuk mereka. Sesungguhnya Program Eksekutif UTMSPACE bersama Syarikat Intech telah berjaya meningkatkan taraf kelayakan akademik dan membantu peningkatan kerjaya pelajar-pelajar di syarikat tersebut. Berikut ialah senarai kakitangan syarikat InTech yang bergraduat sebagai pelajar Eksekutif UTMSPACE. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua graduan dari Intech dan semoga berjaya di masa hadapan.

1 JULIANI JAAFAR

12

HAZLINA KADAR

2

NORIZAN JAMALUDIN

13

CHA CHAI HUAT

3

NORMAYA SURIMAN

14

MOHAMMAD SHALIHIN ABD RAHMAN

4

KHAIRULNIZAM BIN ZAINAL ABIDIN

15

SHAIFULNIZAM A HAMID

5

MUSA BIN OTHMAN

16

CHOONG ING VOOI

6

MOHD ZARIA SALLEH

17

AMIRUDEAN MAT ZAIN

7

ADDIE MUSTAFA SALLEH

18

YUSAINI SUBANI

8

MOHD ZAID SARBINI

19

KAMARUZAINI SALIM

9

SAPUAN TUKIMAN

20

CHON MUI CHIN

10

AMZARI SAPIE

21

HING SWEE BOON

11

SHAFOL SAMSUDIN

22

CHONG CHEE SHEE