Browse By

Program Semarak Ramadhan UTMSPACE 2013

Bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barakah ini, UTMSPACE telah membuat pelbagai aktiviti bagi menambahkan pengisian amalan dalam bulan yang penuh berkat ini. Aktiviti-aktiviti ini telah dirancang oleh Kelab Sukan dan Kebajikan UTMSPACE (KESUKEB Johor Bahru & Kuala Lumpur) sejak sebelum Ramadhan lagi supaya segala majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.
Berikut ialah aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan :

Anjuran KESUKEB UTMSPACE Johor Bahru: 

1. Ceramah Ihya’ Ramadhan pada Khamis 25 Julai 2013 ; Penceramah Jemputan Al-Fadhil Ustaz Rifqi Myidin.
2. Program Khatam Al-Quran peringkat UTMSPACE Johor Bahru pada Jumaat 26 Julai 2013.
3. Majlis Berbuka Puasa pada 30 Julai 2013 bersama Madrasah Tahfiz Al-Quran & Al Sunnah, Kulaijaya.
4. Program Pembayaran Zakat Fitrah UTMSPACE Johor Bahru pada Khamis 25 Julai 2013.

Anjuran KESUKEB UTMSPACE Kuala Lumpur:

1. Majlis Berbuka Puasa UTMSPACE KL bersama Maahad Tahfiz Dhiya ‘Ul Islah, Kg Semarak Kuala Lumpur yang pada 25 Julai 2013 ; Bertempat di UTMSPACE Kl, Jalan Tun Razak.

Program-program tersebut telah dihadiri hampir kesemua staf UTMSPACE baik di Johor Bahru atau di Kuala Lumpur. Dalam majlis buka puasa di Johor Bahru dan Kuala Lumpur, selain menjemput anak-anak yang kurang bernasib baik tersebut, sedikit sumbangan juga telah diberikan kepada kedua-dua institusi berkenaan bagi menampung perbelanjaan yang diberikan. Semoga dengan aktiviti kebajikan dan amalan akan diberkati oleh Allah SWT, InsyaAllah.