Browse By

Program Sambutan Kemerdekaan di UTMSPACE Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 Malaysia

 

Hari kemerdekaan negara yang disambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan seperti memasang bendera pada bangunan, kenderaan, pertunjukan bunga api, perbarisan dan sebagainya.

UTMSPACE juga turut menjalankan aktiviti dan program sempena menyambut kemerdekaan ke-56 Malaysia. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
1. Hiasan bendera pada bangunan UTMSPACE Johor Bahru, UTMSPACE Kuala Lumpur, UTMSPACE Pulau Pinang dan UTMSPACE Kota Bahru.
2. Program Sambutan Kemerdekaan yang meliputi senamrobik, pertandingan pakaian bertemakan kemerdekaan iaitu 22 Ogos di UTMSPACE Kuala Lumpur dan 29 Ogos di UTMSPACE Johor Bahru.
3. Program kutipan derma utk Pahlawan yang telah berjuang demi kemerdekaan Malaysia.
4. Iklan akhbar (penjenamaan) sempena sambutan hari kemerdekaan

Majlis Perasmian Program Kemerdekaan ini telah diadakan di UTMSPACE Kuala Lumpur pada 22 Ogos yang lalu. Y.Bhg Prof Dr. Khairul Anuar B. Abdullah telah merasmikan program tersebut dengan membuat pelepasan belon dan bunting Sambutan Kemerdekaan. Seramai hampir 200 orang staf UTMSPACE yang telibat dalam program ini. Malah Y.Bhg Dekan turut serta dalam senamrobik yang telah dijalankan. Bagi pertandingan pakaian kemerdekaan, sebanyak 3 penyertaan diterima dan kesemuanya telah mempamerkan seragam yang patriotik dan penuh bersemangat bagi menyambut kemerdekaan.

Antara Objektif Program ini ialah :
• Memupuk semangat patriotik atau cintakan Negara
• Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara
• Mewujudkan suasana meriah dan harmoni di Malaysia khususnya di UTMSPACE
• Memberi sumbangan kepada bekas pejuang kemerdekaan sebagai tanda mengingati dan mengenang jasa para pahlawan.