Browse By

Program Derma Bakti Melalui Aktiviti Boling Bersama Kelab Media Johor & Pusat Insani Darul Takzim & Anak Yatim Ar-Rayyan 2013

23 Oktober 2013 –  Sempena  ulang tahun UTMSPACE ke-20 pada tahun 2013 ini, satu program derma bakti dengan kerjasama Kelab Media Johor telah diadakan di Dynamic Bowl, Kompleks Danga City Mall. Program ini merupakan satu pertandingan amal boling antara para wartawan, anak yatim Ar-Rayyan dan staf UTMSPACE.

Program ini telah dirasmikan oleh Pn Kartika Ista Bt Mohamed Shah,  Pengurus Unit Komunikasi Permasaran bagi mewakili pihak pegurusan UTMSPACE.  Jumlah peserta yang terlibat ialah seramai 64 orang. Peserta dari rumah anak yatim Ar-Rayyan seramai 32 orang, wakil dari Kelab Media Johor ialah 18 orang dan waki dari UTMSPACE 14 orang. Kelab Media Johor, wakil kumpulan diketuai oleh En. Raja Jaafar B. Raja Ali; Timbalan Presiden Kelab Media Johor manakala En. Mohammad Halimi B. Haji Kolan wakil dan juga Pengerusi Persatuan Insani Darul Takzim & Pengurus Asrama Kebajikan Anak Yatim Ar- Rayyan.

Objektif program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan hubungan antara UTMSPACE dan para wartawan dari Kelab Media Johor bersama-sama mendekatkan diri serta bermesra dengan anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Selain itu juga, progam ini adalah sebagai satu tanda penghargaan kepada pihak media yang telah memberikan kerjasama dari segi liputan sepanjang tahun dalam pelbagai anjuran UTMSPACE terutamanya berkaitan aktiviti pelajar-pelajar UTMSPACE. Dalam masa yang sama juga, UTMSPACE ingin memberi peluang kepada anak-anak dari rumah anak Yatim Ar-Rayyan merasa pengalaman baru bermain boling dengan mendapat tunjuk ajar dari abang-abang dan kakak-kakak yang mempunyai pengalaman luas. Diharap pengalaman baru ini dapat sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada anak-anak.

Dalam majlis ini juga pihak UTMSPACE dengan ikhlas menghulurkan  sumbangan sebanyak RM2,500 kepada Pengurus Asrama Kebajikan Anak Yatim Ar- Rayyan, En. Mohammad Halimi B. Haji Kolan. Semoga sumbangan seadanya ini dapat meringankan beban kewangan Rumah Anak Yatim. Selain itu juga, UTMSPACE menyerahkan cek sebanyak RM500 kepada Kelab Media Johor sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas penglibatan wakil media dalam acara ini. Semoga di masa depan lebih banyak program kerjasama dapat dilaksanakan bersama komuniti setempat.

DSC_8881

Pengurus unit Komunikasi Pemasaran, Pn. Kartika Ista Mohamed Shah menyampaikan sumbangan kepada wakil Rumah Anak-anak Yatim Ar-Rayyan selepas tamat pertandingan bowling.

DSC_8882

Pn. Kartika Ista Mohamed Shah turut menyampaikan sumbangan kepada Kelab Wartawarn dan Media Johor melalui pengerusinya , En. raja Jaafar dari kumpulan Utusan selepas tamat pertandingan bowling.