Browse By

Cabaran Program Eksplorasi UTMSPACE 2013

30 Dis 2013 – Bagi menutup tirai sambutan ulang tahun UTMSPACE ke-20, Unit Komunikasi Pemasaran UTMSPACE telah menganjurkan Eksplorasi UTMSPACE 2013, satu program pengembaraan yang diilhamkan dari program TV ‘Amazing Race’. Program ini merupakan julung-julung kalinya diadakan untuk semua staf UTMSPACE. Sebanyak 11 pasukan yang terdiri dari 4 orang ahli telah menyahut cabaran untuk merangkul kejuaraan sulung Eksplorasi UTMSPACE 2013.
Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam telah bermula dari UTMSPACE Johor Bahru sehingga ke Ayer Keroh, Melaka. Program ini merupakan satu pengalaman baru buat peserta dengan mengharungi cabaran untuk ke lokasi-lokasi misteri di sepanjang perjalanan berpandukan petunjuk yang telah diberikan. Peserta juga diberikan pengalaman baru menginap Taman Botanikal, Ayer keroh, Melaka di dalam dangau bagi merasai suasana santai hijau hutan sesuai dengan aktiviti pengembaraan yang mencabar minda dan fizikal para peserta.

DSC_3625

Antara lokasi ‘checkpoint’ yang ditugaskan ialah di UTHM, Dataran Penggaram, Tanjung Emas Muar, Makam Hang Kasturi dan Dataran Pahlawan. Pada hari kedua, peserta diberikan tugasan ke ‘checkpoint’ di Perigi Hang Tuah, Istana Adat Istiadat di Alor Gajah dan Mini Malaysia, Melaka. Unit Sukan UTM telah dilantik menjadi pengurus acara bagi program ini. Program dimeriahkan lagi pada malam harinya dengan jamuan makan malam ala ‘barbeque’ dan permainan ‘charade’ yang menguji minda setiap pasukan. Acara bagi permainan ‘charade’ dijuarai oleh Pasukan BPPF2, BPPF1 tempat ke-dua dan pasukan Bini-biniku gangster mendapat tempat ke-tiga.
YB Dekan UTMSPACE, Prof. Khairul Anuar Bin Abdullah telah sudi hadir membuat pelepasan dan menyempurnakan majlis penutup bagi program eksplorasi ini. Pemenang tempat pertama menerima hadiah baucer wang tunai berjumlah RM500, hamper dan juga sijil. Manakala tempat ke-dua menerima hadiah berupa baucer tunai berjumlah RM400, hamper dan sijil dan tempat ketiga menerima hadiah yang sama beserta baucer tunai RM300. Pasukan Apex yang dianggotai oleh Khairiel Izham, Abdullah Shaakir, Nurul Nadia dan Puteri Nurain telah menjadi johan diikuti pasukan Bppf II sebagai naib juara dan Pasukan Madu Tiga mendapat tempat ke-3. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang bersemangat sehingga ke akhir pertandingan. Program ini juga berjaya menguji semangat berpasukan dan setia kawan kerana merasa susah senang bersama-sama. Secara keseluruhannya, kesemua pasukan telah berjaya menamatkan kesemua cabaran di setiap checkpoint dan kerjasama serta komitmen yang tinggi dari semua pasukan adalah amat dibanggakan.

DSC_3663

Peserta yang diberikan petunjuk oleh Urusetia Unit Sukan UTM sebelum memulakan perjalanan.

DSC_3888

Pasukan ‘Kasi Reda’ sedang cuba menyelesaikan teka-teki dan bagi mendapatkan petunjuk seterusnya di Taman Botanikal Aye Keroh, Melaka.

DSC_4101

Kesemua pseerta yang telah berjaya menamatkan pertandingan eksplorasi UTMSPACE 2013.