Browse By

Majlis Ramah Mesra Bersama Naib Canselor UTM

8 Januari 2014 – Bagi membuka tirai tahun baru, UTMSPACE mengambil peluang untuk menyambut kedatangan tahun baru dengan kehadiran YBhg Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia ke UTMSPACE Skudai, Johor Bahru. Kehadiran Ybhg NC UTM ini telah memberi ruang untuk pihak pengurusan dan staf UTMSPACE untuk bertemu dan beramah mesra dengan beliau.

Kehadiran YBhg Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar pada jam 2.30 petang di perkarangan UTMSPACE telah disambut oleh Ybhg Dekan UTMSPACE, Prof. Khairul Anuar B Abdullah bersama dengan pengurusan UTMSPACE yang lain. Majlis perjumpaan ini telah dimulakan dengan aluan oleh YBhg Dekan UTMSPACE dengan perkongsian maklumat dan video pelbagai acara menarik yang telah dilaksanakan oleh UTMSPACE sepanjang tahun 2013.
Dalam majlis ini juga, YBhg Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar turut menyampaikan ucapan serta amanatnya untuk UTMSPACE. Saranan beliau ialah UTMSPACE perlu meningkatkan pendapatan bersih yang lebih tinggi pada tahun 2014 ini dan tahun mendatang. YBhg Naib Canselor turut menekankan UTMSPACE perlu tampil menjadi global player dan mampu membawa imej UTM ke aras yang lebih tinggi dalam bidang pendidikan sepanjang hayat yang bersifat global. Beliau turut menegaskan bahawa pengurusan dan staf UTMSPACE mempunyai budaya korporat dan boleh menjadi contoh yang baik kepada staf UTM yang lain atas kejayaan pengkorporatan UTMSPACE sejak 2011.
Majlis diakhiri dengan jamuan minum petang di dewan jamuan UTMSPACE bersama semua pengurusan UTMSPACE.

 

DSC_4230

DSC_4269YBhg Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia memberikan amanat dan ucapan semasa lawatan ramah mesra beliau ke UTMSPACE.

DSC_4288Barisan sebahagian pengurusan UTMSPACE yang turut hadir dalam majlis ramah mesra UTMSPACE bersama Naib Canselor UTM.