Browse By

Hari Terbuka UTMSPACE 2014

14 Apr – UTMSPACE telah mengadakan Hari Terbuka UTMSPACE pada 13 April 2014, bertempat di Bangunan UTMSPACE Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Program bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang di ruang lobi utama.

Bersesuaian dengan cogan kata UTMSPACE “Learning is a journey, Experience it with UTMSPACE”, pada hari tersebut, UTMSPACE menawarkan khidmat rundingan program, pendaftaran dan yuran pendaftaran percuma, tertakluk kepada terma dan syarat. Hari  Terbuka ini menawarkan pelbagai kursus, antaranya, Diploma Sepenuh Masa, Program Diploma Eksekutif Pembinaan, Seminar Tempatan/Antarabangsa dan Program Bahasa Inggeris.

Tujuan Hari Tebuka ini diadakan adalah untuk membuka peluang kepada mereka luar sana tidak mengira umur mahupun sudah bekerja untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan jadual kursus yang disediakan lebih fleksibel, hal ini memudahkan mereka yang berminat untuk meneruskan pelajaran walaupun sudah bekerja. Bukan itu sahaja, mereka yang mengambil program di UTMSPACE dapat bersemuka secara terus dengan penyedia latihan dan hal ini membolehkan mereka tersebut berinteraksi secara terus dan meningkatkan tahap pemahaman mereka.

Program yang ditawarkan oleh UTMSPACE telah mendapat pengiktirafan dan kualiti sijil akademik yang dimiliki oleh mereka adalah setaraf dengan program sepenuh masa yang ditawarkan oleh  Universiti Teknologi Malaysia. Rebat RM100 diberikan kepada calon yang mendaftar di Kolej Space, dan cenderamata menarik disediakan bagi semua pengunjung.

Terdapat 6 kaunter yang terlibat iaitu Kaunter Media Sosial, Bahagian Pembangunan Profesional, Kolej Space (USSB), Kaunter khidmat Pelanggan, Program Kerjasama dan Program Eksekutif. Setiap kaunter menyediakan khidmat nasihat program dan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah percuma untuk pengunjung yang datang.

Seramai lebih kurang 100 orang telah Like & Follow Facebook, Instagram dan Twitter UTMSPACE. Pada hari tersebut, Selain itu juga, para pengunjung juga hadir ke kaunter Khidmat pelanggan untuk memberikan maklumbalas, cadangan, atau aduan berkenaan dengan perkhidmatan UTMSPACE. Pakej fotografi secara santai turut diadakan bagi pengunjung yang berminat. Kaunter Open Day image image_1 image_3