Browse By

Majlis Anugerah Dekan Dan Hadiah Utmspace Sempena Konvokesyen Ke-52 UTM

23 Mei 2014 – Sempena Konvokesyen ke-52  Universiti Teknologi Malaysia, UTMSPACE sekali lagi meraikan graduannya melalui Majlis Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE. Ia diadakan untuk memberi penghargaan kepada graduan yang meraih kejayaan cemerlang dalam pengajiannya dalam Program Separuh Masa di peringkat Diploma dan Sarjana Muda di UTMSPACE. Seramai 68 orang penerima anugerah yang diraikan dalam majlis ini yang diadakan di Aras Bawah, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Skudai Johor. Dalam majlis ini, para graduan cemerlang yang menerima Hadiah  wang tunai sebanyak RM500 , baju batik sutera/ jam tangan setiap seorang.

Menurut Profesor Khairul Anuar B. Abdullah, Dekan UTMSPACE, pada Majlis Konvokesyen ke-52 UTM ini, seramai 559 graduan Pengajian Separuh Masa layak dianugerahkan. Seramai 21 graduan akan menerima Hadiah Akademik UTMSPACE atas kejayaan mendapat Kelas Pertama. Turut diraikan Penerima Anugerah Dekan seramai 68 graduan yang telah mendapat PNGK 3.50 dan ke atas.

Seterusnya, UTMSPACE juga berbesar hati memberikan Hadiah UTMSPACE kepada graduan bagi kategori  Veteran, Suami/Isteri dan Adik-beradik yang telah sama-sama berjaya bergraduan dalam konvokesyen kali ke-52 UTM ini.  Sejak 21 tahun penubuhannya, UTMSPACE telah melahirkan seramai lebih 13,000 graduan dalam pelbagai bidang menerusi Program Pengajian Separuh masa ini yang seterusnya telah terbukti menjadi pemangkin kemajuan Negara sebagai modal insan yang berkualiti dan berguna.

Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE, Hadiah UTMSPACE diwujudkan secara khusus bagi menyampaikan rasa terima kasih dan ucapan tahniah kepada para graduan yang telah gigih berusaha meningkatkan pengetahuan demi kemajuan diri dan kerjaya mereka pada masa akan datang. Bukanlah suatu usaha yang mudah untuk mencapai kejayaan seperti ini. Semestinya kejayaan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil pelbagai pengorbanan dan komitmen yang jitu daripada para graduan dan keluarga terdekat.

 

image image_1 image_2