Futsal Media Friendly 2014
12 Jun – Buat pertama kalinya UTMSPACE mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kelab Media Johor dalam pertandingan Futsal. Acara ini telah diadakan pada 12 Jun 2014, bertempat di Daiman Sport Complex, Taman Sri Skudai. Pertandingan ini telah disertai oleh 3 pasukan Media, 2 pasukan UTMSPACE Kuala Lumpur dan 2 pasukan UTMSPACE Johor Bahru.
Permainan dimulakan kira-kira jam 8 malam dengan pengundian bagi menentukan permainan secara liga kumpulan A dan B. Pada separuh akhir, pasukan A iaitu UTMSPACE KL B bertembung dengan pasukan UTMSPACE KL A, manakala bagi kumpulan B, pasukan UTMSPACE JB. Pada permainan akhir, Pasukan Media telah bertemu dengan pasukan UTMSPACE KL A.
Juara menerima wang tunai RM500, piala pusingan dan medal bagi setiap ahli pasukan. Manakala tempat kedua mendapat wang tunai RM300 dan medal manakala bagi tempat ketiga mendapat wang tunai RM200 beserta medal. Pasukan Media telah berjaya mendapat tempat pertama. Manakala Pasukan UTMSPACE KL A mendapat tempat kedua dan UTMSPACE KL B mendapat tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya dan kerjasama dengan penuh semangat kesukanan.
Pihak UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Raja Jaafar B Raja Ali, selaku Naib Pengerusi Kelab Media Johor yang turut hadir dan mengambil bahagian dalam permainan futsal ini. Selain itu juga, terima kasih di atas kehadiran wartawan dari Utusan Malaysia, Kumpulan Berita Harian, Media Prima, Sinar Harian dan lain-lain yang terlibat. Semoga pada tahun hadapan, pertandingan ‘Futsal Media Friendly’ ini akan menjadi lebih meriah dan jalinan hubungan kerjasamaantara UTMSPACE dan pihak media Johor terjalin erat.