Browse By

AIR SELANGOR RAIKAN GRADUAN SIJIL PROFESIONAL UTMSPACE

Kuala Lumpur, 3 September 2025 – Seramai 45 orang graduan Program Professional Certificate in Store and Inventory Management yang terdiri daripada staf Air Selangor diraikan dalam Majlis Graduasi yang diadakan di Auditorium Air Selangor, Loji Rawatan Air Langat 2. Sijil Profesional disampaikan oleh Profesor Dr. Nazri bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE bersama Yang Berusaha Encik Adam Saffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor dan Puan Haslinda binti Husin, Ketua Seksyen Pengurusan Inventori Air Selangor. Program anjuran bersama Pusat A-TVET Pejabat Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Sree Knowledge Provider Sdn. Bhd. (SKP) ini merangkumi 13 modul dan telah tamat pada Disember 2024. Program turut dihadiri oleh Kapt (B) Dr. K. Thiru, Ketua Pegawai Eksekutif, SKP dan Prof. Madya Dr. Yusri bin Kamin, Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat, UTMSPACE.