Browse By

Kemeriahan Hari Keluarga UTMSPACE 2013

15 September – Penganjuran Hari Keluarga UTMSPACE telah berlangsung dengan meriahnya selama 2 hari satu malam di Bayou Lagoon Park Resort, Bukit Katil, Melaka. Acara tersebut telah dijalankan pada 15-16 September 2013 dan dihadiri oleh 300 orang yang terdiri dari 115 staff dan selebihnya adalah ahli keluarga yang turut serta.

Dengan tema “Together We Are One” yang seiring dengan objektif program iaitu untuk mengeratkan silaturahim, persaudaraan dan kerjasama yang erat di antara pengurusan, staf, serta ahli keluarga, program ini telah berjalan dengan lancar sehingga ke hujungnya.

Dalam program ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah :

1. Telematch antara bahagian/unit yang dibahagikan kepada 7 unit

2. Aktiviti Treasure Hunt

3. Gala Dinner – bertemakan Saloma & P.Ramlee

Tuan Baharom B Tuan Mahmood, Pengarah Program Kerjasama (PPK) telah merasmikan program Hari Keluarga ini pada malam Gala Dinner di Resort tersebut. Menurut beliau, acara ini adalah satu acara yang sangat baik untuk semua staf dan patut dijalankan setiap tahun bagi meraikan staf di samping mengeratkan silaturahim antara staf dan kekeluargaan di kalangan semua.

Pada malam Gala Dinner tersebut juga, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya ialah Pertandingan Karaoke bertemakan Saloma & P.Ramlee, Tiru gaya Gwiyomi bagi kanak-kanak, Super Spontan, dan Cabutan Bertuah yang menawarkan sejumlah 30 unit hadiah telah dimenangi dari kalangan staf.

Dalam majlis itu juga, Prof Madya Tuan Baharom turut menyampaikan hadiah kepada pemenang untuk Telematch. Beliau turut menyampaikan hadiah bagi acara Treasure Hunt kepada kumpulan staf yang berjaya pada pagi Isnin sebelum semua staf  bersurai. Tahniah diucapkan dan syabas kepada staf yang hadir dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan.