Kursus Induksi Teknikal Komunikasi & Kemahiran Insaniah, Industri Minyak & Gas Politeknik Malaysia Anjuran Industry Centre Of Excellence (Icoe) Dan UTMSPACE
Bermula pada 26 April 2014 hingga 28 April 2014, telah berlangsung satu program iaitu Kursus Induksi Teknikal Komunikasi & Kemahiran Insaniah Industri Minyak & Gas Politeknik Malaysia yang merupakan kerjasama antara ICOE UTMSPACE & Bahagian Program Pembangunan Profesional (BPPP). Program ini dijalankan bagi memberi ruang kepada pelajar-pelajar Politeknik Malaysia untuk menimba ilmu baru & peluang untuk mendapatkan pekerjan dalam bidang Oil & Gas terutamanya di samping memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris & Kemahiran Insaniah mereka. Politeknik yang terlibat adalah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Arau, Politeknik Seberang Perai (PSP) Pulau Pinang, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) Kulim, Politeknik Kota Bharu (PKB) Kelantan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Pahang, Politeknik Port Dickson (PPD) Port Dickson, Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Shah Alam, Politeknik Merlimau (PMM) Melaka, Politeknik Kota (PKM) Melaka, Politeknik Sultan Ibrahim (PIS) Johor Bahru. Seramai 1500 orang pelajar dari 11 politeknik tersebut telah dipilih bagi menjayakan program ini. Program ini telah berlangsung serentak selama 3 hari di 8 politeknik yang telah dilantik sebagai tuan rumah.
Modul yang ditawarkan untuk program ini adalah Modul Teknikal (Pengenalan kepada Oil & Gas), Modul Bahasa Inggeris (Komunikasi dalam Industri Oil & Gas) & Modul Kemahiran Insaniah(Pengkhususan kepada Oil & Gas). Seramai 10 orang tenaga pakar telah dilantik untuk mengendalikan modul teknikal yang merupakan pengamal industri Oil & Gas dari beberapa syarikat seperti Talisman Energy, UMW, MOGSC, Petrofac dan lain-lain. Sementara tenaga pengajar untuk Modul Bahasa Inggeris & Kemahiran Insaniah adalah merupakan 32 orang pensyarah politeknik yang telah menjalani Training of Trainers (TOT) untuk program tersebut.
Sebagai kesimpulan, program yang telah berjaya dilaksanakan atas kerjasama & sokongan penuh dari Jabatan Pengajian Politeknik JPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini adalah satu usaha yang dijalankan bagi menaik taraf graduan lulusan Politeknik supaya mereka mampu bersaing dan lebih berketrampilan dengan penuh keyakinan diri berbekalkan sijil yang dianugerahkan di akhir program ini.