Lawatan Rasmi ke Kementerian Pendidikan Tinggi Sains dan Teknologi Indonesia
Jakarta, Indonesia – 24 Oktober 2025
Delegasi UTMSPACE yang diketuai oleh Prof. Dr. Nazri bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, telah mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi Indonesia bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang pendidikan tinggi dan latihan profesional.
Lawatan ini turut disertai oleh Pn. Zareena binti Omar (Pengarah Pembangunan Bisnes), dan En Zulkifli bin Osman (Pengurus Besar Hal Ehwal Antarabangsa). Delegasi disambut mesra oleh Dr Dewi Wulandari (Ketua Hal Ehwal Pendidikan), bersama barisan pegawai kanan kementerian tersebut.
Dalam sesi pertemuan rasmi ini, Dr. Dewi Wulandari menyatakan bahawa pihak kementerian mengalu-alukan hasrat UTMSPACE untuk menjalin kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi dan pembangunan tenaga mahir.
Beliau turut menekankan kepentingan kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia dalam memperkukuh ekosistem pendidikan serantau yang berdaya saing dan berorientasikan teknologi.


