Browse By

Majlis Aluan Dan Pendaftaran Mahasiswa Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa Kemasukan Feb 2015

Sabtu, 7 Februari 2015 – Sesi pendaftaran pelajar baru Program Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE telah diadakan di Bangunan N24, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru. Seramai 503 orang mahasiswa telah mendaftar dari keseluruhan jumlah 803 orang calon yang telah berjaya ditawarkan. Mahasiswa yang hadir dari seluruh Malaysia dilihat sangat teruja dan bersemangat untuk mengikuti Program Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE bagi sesi Februari 2014/2015.

DSC_2972

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. IR. DR Mohd Azraai Bin Kassim selaku Pengarah Urusan UTMSPACE. Turut serta semasa sesi pendaftaran dan majlis aluan adalah Pengarah Pusat Pengajian Separuh Masa UTMSPACEProf. Dr. Mohd Fua’ad Bin Hj. Rahmat. Pada sesi petang pula telah diadakan taklimat Pengajaran & Pembelajaran Program Pengajian Separuh Masa untuk setiap fakulti.

Seramai 13 mahasiwa lepasan Program Diploma Separuh Masa telah berjaya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE bagi pengambilan kali ini.  Ini merupakan satu perkara yang baik dan membuktikan pengurusan yang cemerlang oleh UTMSPACE dapat mengunci hati mereka untuk terus menyambung pengajian. Program yang ditawarkan dibuka kepada golongan dewasa bekerja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia, serta mereka yang ingin memajukan diri untuk meningkatkan pencapaian dalam kerjaya masing-masing.

 

DSC_2995

Antara mahasiswa yang mendaftar adalah tiga sekawan orang kelainan upaya (OKU) yang mengambil jurusan Sains serta Pendidikan iaitu Mohd Khairi, Mohd Nasir dan Mohd Zaki yang bertugas semuanya bertugas sebagai guru sekolah agama di ibu Negara. Mahasiswa wanita yang sedang hamil juga tidak melepaskan peluang untuk menyambung pengajiannya di UTMSPACE dengan mengambil jurusan kejuruteraan awam. Puan Aizam Binti Mohd Zain tidak menjadikan hamil sebagai satu alasan untuk beliau menimba ilmu seterusnya mengembangkan kerjaya.  Penawaran program ini dilihat sebagai peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta dapat memenuhi cita-cita mereka. Kesemua mahasiswa akan memulakan kuliah pertama mereka pada 27 Februari 2015.

DSC_2861

DSC_2887

DSC_2913

DSC_3008