Browse By

MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM UTMSPACE 2012 : GREAT MOMENT HAPPENS

19 Disember 2012 : UTMSPACE buat julung-julung kalinya mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam bagi tahun 2012 sejak pengkorporatannya pada 2011. Dengan Tag Great Moment Happens dan bertemakan Smart and Casual, seramai 300 orang staf dan pasangan telah hadir dan memeriahkan majlis ini. Majlis telah diadakan di The Zon Hotel, Stulang Laut, Johor Bahru.

Majlis Jamuan Makan Malam ini telah dihadiri oleh Lembaga Pengarah UTMSPACE iaitu Tan Sri Abdul Halim Ali, dan Pn. Sharifah Alwiah Bt. Syed Alwi. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Dekan UTMSPACE, Prof Khairul Anuar Bin Abdullah. Menurut beliau, dalam aktiviti sosial seperti majlis makan malam ini dapat membuka ruang kepada semua staf untuk saling mengenali dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Mungkin masa yang terhad di pejabat menjadi faktor kekangan untuk bertemu dan bermesra disebabkan tuntutan tugas masing-masing. Di masa seperti inilah staf berpeluang untuk berkenal mesra dalam suasana yang lebih santai.

Acara pembukaan pada majlis tersebut dimulai dengan Persembahan Food Presentation dari pihak Hotel The Zon sendiri dengan tarian Gangnam Style telah berjaya memberikan impak yang meriah dalam majlis tersebut. Majlis turut diserikan dengan persembahan dari kumpuLan Bonjooza Acoustic dan majlis telah mendapatkan khidmat DJ Azhar dari radio Best 104 Johor.

Acara kemuncak pada malam tersebut ialah Pertandingan Persembahan yang disertai oleh 5 kumpulan dari unit dan bahagian dari UTMSPACE Johor Bahru. Antara persembahan yang telah diberikan ialah nyanyian beserta lakonan, sketsa, tarian, nyanyian solo dan bacaan puisi. Kumpulan yang terlibat ialah dari bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Bahagian Pembangunan Bisnes (BPB), Bahagian Pembangunan Profesional (UBIPP DAN UPP) serta Pusat Program Pengajian Separuh Masa (PPSM). Hadiah yang ditawarkan adalah wang tunai RM300 bagi tempat pertama yang telah dimenangi oleh UPP, RM200 bagi tempat kedua yang telah dimenangi oleh PPSM dan RM100 bagi tempat ketiga yang telah dimenangi oleh BTMK. Cabutan bertuah turut diadakan sebanyak 3 sesi dan dengan 20 buah hadiah menarik. Diantara hadiah-hadiah yang ditawarkan antaranya sebuah Ipad 4, 2 buah TV LCD, Samsung Tab 10.1 dan 7.0, pencetak, Kamera Digital, pemanas air, penyedut hampagas dan banyak lagi.

Dalam majlis ini juga, pihak urusetia mengadakan anugerah bagi kategori khas iaitu pakaian terbaik bagi staf lelaki dan perempuan. Bagi staf perempuan, kategori pakaian terbaik telah dimenangi oleh staff dr BPPHT iaitu Tengku Syaza dan bagi kategori lelaki pula, telah dimenangi oleh Tarmizi dari PPSM. Dalam majlis makan malam tahunan ini juga, pihak Unit Pengurusan Modal Insan (UPMI) menyampaikan hadiah dan sumbangan tanda penghargaan kepada staf yang telah mempunyai rekod yang baik iaitu kehadiran yang tidak pernah lewat ke pejabat dan staf yang tidak mempunyai rekod cuti sakit sepanjang tahun seramai 14 orang. Staf yang pernah berkhidmat dengan UTMSPACE juga diberi penghargaan iaitu seramai 5 orang penerima. Tahniah diucapkan kepada semua staf yang cemerlang.

Majlis diakhiri dengan sesi karaoke terbuka – sesi Yuk Lepas Geram. Sekretariat majlis juga mengucapkan tahniah dan memberikan kejutan kepada yang berbahagia Dekan UTMSPACE atas ulang perkahwinan beliau yang ke-32 (20 Disember 2012).