Browse By

MAJLIS MAKAN MALAM PENGHARGAAN STAFF UTMSPACE

15 Februari 2012 – Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE) telah menganjurkan Majlis Makan Malam untuk penghargaan kepada staf sempena Majlis Penyampian Diploma Program Kerjasama & Eksekutif UTMSPACE 2011. Majlis makan malam tersebut telah diadakan di Hotel Thistle, Johor Bahru dengan bertemakan Hitam Putih. Majlis dimulakan dengan ketibaaan tetamu dan disusuli dengan bacaan doa yang dipimpin Zaid, staf UTMSPACE bagi memberkati majlis tersebut.

Pengerusi Majlis Penyampaian Diploma Program Kerjasama & Eksekutif UTMSPACE 2011, Prof Tuan Bahrom bin Tuan Mahmood telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua staf yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam Majlis Penyampaian Diploma Program Kerjasama & Eksekutif UTMSPACE 2011. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr Khairul Anuar bin Abdullah, Pengarah Urusan/ Dekan UTMSPACE. Menurut beliau ,majlis tersebut diadakan untuk memberi penghargaan atas kecemerlangan dan usaha gigih yang ditunjukkan oleh seluruh warga UTMSPACE sepanjang Majlis Penyampaian Diploma Program Kerjasama & Eksekutif UTMSPACE. Tambahnya lagi, ia juga untuk meningkatkan motivasi mereka supaya terus berkhidmat dengan lebih gigih dan dedikasi. Beliau berharap, UTMSPACE berani tampil dengan idea-idea baru demi memastikan program-program UTMSPACE akan terus berkembang dan bersaing dengan pusat pengajian lain di negara ini. Beliau juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh staf UTMSPACE kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut dengan jayanya. Yang Berbahagia Prof.Dr Khairul Anuar bin Abdullah turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua staf yang terlibat sepanjang Majlis Penyampaian Diploma Program Kerjasama & Eksekutif UTMSPACE 2011 berlangsung.

Majlis makan malam turut diserikan dengan persembahan sebuah band yang diberi nama Sweet Hard yang dibawa khas untuk menghiburkan staf UTMSPACE sambil menjamu selera. Tidak ketinggalan juga persembahan istimewa daripada beberapa orang staf UTMSPACE yang menghangatkan lagi majlis makan malam itu. Sebelum berakhir, majlis makan malam turut diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah dan hadiah utama ditawarkan ialah Home Theather Set yang telah dimenangi oleh Pn. Rozafrina Bt Abd Rahman, Pengurus Unit Bahasa Inggeris dan Program Persediaan. Tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah yang memenangi hadiah pada malam tersebut.