Browse By

Majlis Pendaftaran dan Aluan pelajar baru Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM (semester II 2011/2012)

Sabtu, 28 Januari – Sesi pendaftaran pelajar baru program sarjana muda separuh masa UTMSPACE sesi Julai 2011/2012 telah berlangsung pada hari Sabtu, 28 Januari 2012. Sesi Pendaftaran telah diadakan di Dewan Besar, UTM International Campus, Kuala Lumpur dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari . Seramai 1206 orang pelajar daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak telah ditawarkan sebagai pelajar Program Pengajian Separuh Masa UTMSPACE bagi sesi 2011/2012.

Seramai 753 orang graduan diploma separuh masa UTMSPACE telah hadir untuk mendaftar pada pendaftaran pertama di Dewan Besar, UTM International Campus, Kuala Lumpur untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda. Pendaftaran kedua telah diadakan pada 31 Januari 2012 sehingga 3 Febuari 2012 bertempat di Kaunter UTMSPACE Johor Bahru dan seramai 43 pelajar telah pun mendaftar sebagai pelajar program pengajian separuh masa UTMSPACE.

Pendaftaran ketiga telah diadakan bagi kes rayuan dan lain-lain pada hari sabtu 11 Febuari 2012 di Kaunter UTMSPACE JB, Bangunan UTMSPACE,Jalan Tun Razak ,Pusat Pembelajaran Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Suria Sabah Shopping Mall , Kota Kinabalu Sabah. Lebih kurang 70 pelajar yang datang untuk mendaftar dan jumlah terkini yang telah mendaftar dibawah program pengajian separuh masa UTMSPACE ialah seramai 867 pelajar.

Objektif program pengajian ini ditawarkan adalah untuk melahirkan ahli teknologi dan golongan profesional yang kreatif sebagai memenuhi kehendak pasaran. UTMSPACE mengucapkan tahniah kepada semua pelajar baru dan selamat maju jaya.