Browse By

Majlis Penghargaan Alumni Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor 2025

16 Januari 2026 , Johor Bahru.- Majlis Penghargaan Alumni Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor 2025 dan berlangsung dengan penuh dengan jayana dan bermakna pada bertempat di Fraser Place Puteri Harbour.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Badrul Hisham bin Kassim, Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor. Turut hadir menyampaikan sijil ialah YBrs. Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan SPACE UTM, serta barisan ketua jabatan yang terlibat.

Penganjuran majlis ini bertujuan meraikan kejayaan para peserta yang telah menamatkan program latihan profesional melibatkan kakitangan Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor. Program latihan ini merupakan hasil kerjasama strategik Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor bersama penyedia latihan, termasuk universiti awam.

UTMSPACE melalui Pusat A-TVET UTMSPACE telah diberi mandat sejak tahun 2023 untuk melaksanakan dua bidang latihan utama, iaitu Sijil Profesional Pengurusan Tanah Siri 3 & 4 serta Sijil Profesional Pengurusan Tanah (Amalan & Aplikasi Teknologi) Siri 2, melibatkan seramai 57 orang peserta. Program-program ini telah dilaksanakan di UTMSPACE Taman Universiti dengan sokongan kepakaran tenaga pengajar daripada Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM serta Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.

Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa modal insan sektor awam Negeri Johor melalui pelaksanaan latihan yang berstruktur, berimpak tinggi dan berteraskan keperluan semasa.