Browse By

Majlis Perjumpaan Naib Canselor UTM bersama Staf UTMSPACE

Pada 22 Ogos 2025, warga UTMSPACE telah berpeluang menyertai Majlis Perjumpaan bersama YBrs. Prof. Dr. Mohd Shafry bin Mohd Rahim, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia yang berlangsung secara fizikal di T05, UTM Johor serta melalui telesidang dari Level 2, Bilik Seminar Residensi UTMKL.

Majlis penuh bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi UTM dan UTMSPACE, yang bersama-sama memberi sokongan padu terhadap visi dan aspirasi kepimpinan universiti.

Dalam amanat beliau, Naib Canselor menekankan kepentingan memperkasa budaya kerja berprestasi tinggi, memperkukuh sinergi antara UTM dan UTMSPACE, serta menyalakan semangat kebersamaan seluruh warga dalam merealisasikan agenda universiti ke arah kecemerlangan global.

Kehadiran para staf yang turut sama mendengar dan menyambut amanat ini mencerminkan komitmen bersama dalam mendukung aspirasi universiti, selain mempererat hubungan kekeluargaan dalam komuniti UTM.