Majlis Sanjungan Pesona Wibawa: Menghargai Legasi Kepimpinan Prof. Dr. Nazri bin Ali
Johor, 31 Disember 2025 – UTMSPACE dengan penuh hormat menganjurkan Majlis Sanjungan Pesona Wibawa bagi merakam penghargaan dan pengiktirafan tertinggi terhadap sumbangan serta jasa bakti Prof. Dr. Nazri bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, sepanjang tempoh kepimpinan beliau dari tahun 2020 hingga 2025. Majlis ini diadakan sebagai simbol penghormatan terhadap legasi kepimpinan beliau dalam menerajui dan memperkukuh hala tuju strategik serta kecemerlangan organisasi.
Dalam majlis berprestij ini, turut berlangsung serahan tugas kepimpinan kepada Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, menjalankan tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE. Peralihan amanah ini menandakan kesinambungan tadbir urus yang mantap serta memperkukuh kelestarian kecemerlangan UTMSPACE ke fasa pembangunan seterusnya.
Majlis tersebut dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi, staf UTMSPACE, yang bersama-sama menyaksikan penghormatan penuh bermakna terhadap kepimpinan Prof. Dr. Nazri bin Ali. Melalui acara ini, UTMSPACE menegaskan komitmennya dalam memastikan kesinambungan kepimpinan, inovasi dan kecemerlangan institusi sebagai peneraju pembelajaran sepanjang hayat di peringkat serantau.












