Program Clean and Green Sosial Media UTMSPACE
7 April 2014 – 30 pengikut media sosial UTMSPACE yang bertuah telah dibawa ke Pulau Tinggi, Mersing bersama Pasukan Media Sosial UTMSPACE. Dengan bertemakan ‘Clean and Green’, acara ini telah dijayakan oleh 45 orang peserta semuanya.
Program Clean and Green telah berjalan selama 2 hari satu malam bermula dari 5 Apr-6 Apr 2014. Seramai 23 orang peserta dari Kuala Lumpur dan 22 orang peserta termasuk sekretariat dari UTMSPACE Johor Bahru. Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada peminat media sosial UTMSPACE yang banyak memberi sokongan dalam program-program yang dipromosikan di 3 saluran media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.
Acara dimulakan dengan sesi pengenalan para peserta pada jam 3 petang, selepas semua peserta daftar masuk ke Chalet Tok Mok. Para peserta diberikan kumpulan dan ditugaskan untuk membersihkan kawasan pesisir pantai. Acara pembersihan pantai turut disertai oleh Ketua Kampung Pulau Tinggi dan kakitangan Taman Laut Iskandar, yang bertindak sebagai pengurus acara program ini.
Selain dari pembersihan pantai yang dijalankan, pihak UTMSPACE turut dan menaja 3 tong kitar semula untuk diletakkan di Pulau Tinggi sebagai tanda ingatan bagi Program Clean and Green yang telah dijalankan oleh UTMSPACE.
Selain acara pembersihan pantai, acara sukaneka dijalankan bagi mengeratkan lagi silaturahim. Pada malamnya, para peserta disajikan dengan hidangan ala BBQ.
Pada hari terakhir, acara jungle trekking dan snorkeling dijalankan di sekitar kawasan Pulau Tinggi. Kumpulan peserta dipecahkan kepada dua supaya setiap peserta dapat merasai pengalaman di kedua-dua acara tersebut. Peserta yang ditanya tentang program ini, rata-ratanya sangat berpuas hati dan seronok dengan program yang telah diatur oleh UTMSPACE dan meminta agar program ini dapat dijalankan di masa depan.