Browse By

Program Minum Petang Bersama Wakil Industri

Tarikh 7 September 2015 merupakan tarikh bersejarah untuk UTMSPACE. Buat pertama kali, UTMSPACE menganjurkan majlis minum petang UTMSPACE Lifelong Learning Partnership Hi Tea 2015. Majlis minum petang ini diadakan bersama dengan pihak industri untuk mewujudkan budaya pengajian sepanjang hayat di kalangan kakitangan dan syarikat.

Prog_minum_ptg

Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Prof. Madya Dr. Zakaria bin Mohd Yusof, Pengarah bagi Pusat Pembangunan Profesional selaku wakil Pengarah Urusan UTMSPACE. Seterusnya, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Bisnes UTMSPACE, Encik Salleh bin Kassim memberi sedikit kelebihan pemegang kad Program Sepanjang Hayat UTMSPACE tentang peranan dan produk yang ditawarkan oleh UTMSPACE.

 

Kad keahlian ‘UTMSPACE Lifelong Learning Partner’ turut diberikan kepada semua perwakilan syarikat yang datang hadir pada majlis minum petang tersebut. Terdapat banyak kelebihan yang ditawarkan dan UTMSPACE berharap ia dapat memberi lebih peluang kepada semua untuk memanfaatkan diskaun dan rebat yang diberikan.

Prof. Madya. Dr. Zakaria bin Mohd Yusof selaku Pengarah Bahagian Pembangunan Profesional tampil untuk memberikan penerangan tentang program-program diploma dan sijil profesional. Program-program dari Bahagian Program Profesional UTMSPACE sememangnya menjadi perhatian ramai khususnya kepada mereka yang ingin belajar tentang kemahiran yang terdiri daripada kursus-kursus pendek.

 

Pengurus Besar Bahagian Program Eksekutif, Dr. Maslan bin Othman menerangkan tentang semua program Bahagian Eksekutif termasuk program Diploma Profesional dan program Diploma Eksekutif.

 

 

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada wakil-wakil syarikat yang hadir. Diharap hubungan UTMSPACE dan pihak industri sentiasa terjalin dan dapat mengadakan hubungan kerjasama yang lebih rapat di masa akan datang.

 

Antara pihak industri yang telah hadir ke program Minum Petang UTMSPACE Lifelong Learning Partner adalah seperti berikut :

  • ANTARA STEEL MILLS SDN BHD
  • CCM CHEMICALS SDN BHD
  • ALUPUTER MANUFACTURING (M) SDN BHD
  • TANJUNG LANGSAT PORT SDN BHD
  • JOHOR PORT
  • TEPAK MARKETING SDN BHD
  • CHOGOKU PAINTS (M) SDN BHD
  • BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN (HCD)
  • INFO GEOMATIK (M) SDN BHD
  • MALAYSIA MARINE AND HEAVY ENGINEERING SDN BHD (MMHE)
  • GRAND BANKS YACHTS SDN BHD
  • LOTTE CHEMICAL TITAN SDN BHD
  • SHERWIN-WILLIAMS (M) SDN BHD