Browse By

UTM-MILDEF PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK TEKNOLOGI PERTAHANAN

SEREMBAN, 23 Ogos – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan MILDEF International Technologies Sdn Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Majlis Perasmian Kilang Pembuatan Kenderaan Perisai MILDEF, disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Kerjasama ini merangkumi:

1. Latihan industri dan pembelajaran berasaskan pengalaman;

2. Pembangunan program akademik berteraskan keperluan industri;

3. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi pertahanan;

4. Program pensijilan profesional, latihan kemahiran dan A-TVET;

5. Perkhidmatan perundingan pertahanan dan automotif;

6. Pengukuhan keterlibatan industri melalui kerjasama jangka panjang.

Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, menegaskan kolaborasi ini bakal memperkukuh inovasi teknologi tempatan, meningkatkan daya saing industri pertahanan negara, serta memperluas peluang pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.