Browse By

UTMSPACE dan Homebois Meterai MoU Perkukuh Pembangunan Profesional Industri E-Sukan

7 Oktober 2025 | Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

UTMSPACE hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Homebois Sdn. Bhd., menandakan permulaan kerjasama strategik dalam memperkukuh pembangunan bakat dan profesionalisme dalam industri e-sukan negara.

Perjanjian ini merangkumi pelaksanaan program pembangunan profesional bagi jurulatih dan pemain e-sukan, selain penganjuran bengkel serta latihan yang dirangka bagi meningkatkan keupayaan tenaga kerja dalam sektor ini.

Majlis menandatangani MoU tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Nazri bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, dan Encik Nureddy bin Nursal, Pengarah Homebois Sdn. Bhd.

Turut hadir menyaksikan majlis ialah barisan pengurusan tertinggi UTMSPACE serta delegasi Homebois, yang bersama-sama menzahirkan komitmen memperkukuh jalinan antara institusi akademik dan industri melalui sinergi yang berimpak.

Kerjasama ini turut membuka ruang untuk kedua-dua pihak meneroka pelbagai inisiatif baharu yang dipersetujui bersama dari semasa ke semasa — selaras dengan usaha memperkasa ekosistem e-sukan Malaysia melalui pendidikan, latihan dan inovasi.