Browse By

UTMSPACE Rai Warga Emas

Hello Kampus, Utusan Malaysia

(Rabu, 10 Ogos 2011)

UTMSPACE Rai Warga Emas

JOHOR BAHRU 9 Ogos- Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan Universiti Teknologi Malaysia (UTMSPACE) Skudai, dekat sini akan meraikan 80 warga emas dalam satu majlis berbuka puasa pada 19 Ogos ini. Majlis itu bakal diadakan di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas Baru, di sini. Pengurus Unit Komunikasi Pemasaran Bahagian Pembangunan Bisnesnya, Kartika Ista Mohamed Shah berkata, pada majlis itu 10 buah katil disumbangkan untuk pusat tersebut, ini adalah usaha UTMSPACE untuk menghargai dan menjalinkan silaturahim dengan warga emas dalam suasana penuh kasih sayang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Katanya, bantuan itu adalah hasil sumbangan oleh 180 kakitangan UTMSPACE.