Browse By

Dekad Legasi UTM Everest: Simbol Keunggulan, Keberanian dan Kebersamaan Alumni

Khamis , 14 Mei 2026, UTMSPACE menyambut baik kunjungan daripada Persatuan Alumni Universiti Teknologi Malaysia (PAUTM) bagi sesi  Program Ekspedisi Sambutan Dekad Legasi UTM Everest.

Kunjungan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara UTMSPACE dan PAUTM, di samping menyokong usaha memartabatkan legasi UTM melalui inisiatif yang berimpak tinggi, berinspirasi serta membawa nama universiti ke persada antarabangsa.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Dato’ Ir. Hj. Khairi bin Ambran, ACP Dr. Bakri bin Zainal Abidin, Tuan Azim Afif bin Ishak, Puan Anis Zulaikha binti Zabani, En. Fahmi bin Abdul Aziz, Cik Nur Hidayah binti Hamri, Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Ts. Nik Maria binti Nik Mahamood, Pn. Zareena binti Omar dan Pn. Suhaili binti Mazlan Huzairi.

Semoga jalinan kerjasama ini terus membuka ruang kepada pelaksanaan program strategik yang memberi manfaat kepada warga UTM, alumni dan masyarakat secara keseluruhannya