Browse By

KUNJUNGAN HORMAT YTL CEMENT GROUP KE UTMSPACE KUALA LUMPUR

27 Julai 2026 | Residensi UTM Kuala Lumpur

UTMSPACE telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi YTL Cement Group yang diketuai oleh Encik Lim Tze Liang, Pengurus Besar CDL Academy, bersama wakil pengurusan kanan YTL Cement di Bilik Mesyuarat Lembaga, Aras 2, Residensi UTM Kuala Lumpur.

Delegasi telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Kamaludin bin Mohamad Yusof, Menjalankan Tugas Dekan SPACE UTM, bersama barisan pengurusan UTMSPACE yang terdiri daripada wakil Pusat Pengajian Diploma (PPD) dan Pusat Pendidikan Profesional Berterusan (PPB).

Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai program-program pendidikan, latihan profesional serta pembangunan bakat yang ditawarkan oleh UTMSPACE. Di samping itu, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama strategik antara UTMSPACE dan CDL Academy dalam mengenal pasti bidang-bidang yang mampu memperkukuh pembangunan modal insan serta meningkatkan kompetensi industri melalui program latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan UTMSPACE dalam memperluaskan jaringan kerjasama bersama industri strategik bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan masa hadapan negara.

#YTLCement #CDLAcademy #LifelongLearning #IndustryAcademia #ProfessionalEducation #TalentDevelopment #PembelajaranSepanjangHayat