Browse By

MAD Siri 2/2026 Platform Penyatuan Aspirasi Warga SPACE

15 Mei 2026 | Jumaat — Majlis Aspirasi Dekan (MAD) Siri 2/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jumaah, UTM Kuala Lumpur dan turut disiarkan secara lintas langsung ke Bilik Seminar Aras 1, T05 UTM Johor bagi membolehkan seluruh warga SPACE mengikuti sesi aspirasi ini secara bersama.

Aspirasi telah disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Dekan SPACE, yang menekankan hala tuju strategik organisasi, agenda reformasi institusi serta pemerkasaan budaya kerja berprestasi tinggi dalam mendepani landskap pendidikan dan industri yang semakin dinamik.

Bertemakan “Melakar Reformasi, Memacu Transformasi”, MAD Siri 2/2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh kesepaduan warga kerja, menyelaras aspirasi organisasi serta memacu transformasi yang lebih progresif, inovatif dan mampan ke arah kecemerlangan SPACE.

Turut hadir barisan pengarah dan pengurusan UTM SPACE bersama seluruh staf UTM SPACE dalam menyatakan komitmen dan sokongan padu terhadap aspirasi serta hala tuju organisasi.