UTMSPACE dan MQ Ai Technology Pacu Kerjasama Antarabangsa dalam AI & Fintech
Khamis , 14 Mei 2026, UTMSPACE menerima kunjungan daripada MQ Ai Technology Sdn. Bhd. bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam memperkukuh laluan pendidikan antarabangsa menerusi inisiatif AI & Fintech International Pathways.
Perbincangan ini memberi fokus kepada cadangan pelaksanaan Transnational Education (TNE) Franchising, Hybrid Twinning serta ODL Support Hubs sebagai pendekatan progresif dalam memperluas akses pendidikan global yang lebih fleksibel, inovatif dan sejajar dengan keperluan industri masa hadapan.
Kerjasama ini turut membuka ruang kepada pembangunan ekosistem pendidikan digital yang lebih dinamik melalui integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan teknologi kewangan (Fintech) dalam landskap pembelajaran antarabangsa. Inisiatif yang dirancang berpotensi memperkukuh jaringan akademik dan industri di peringkat global, sekali gus melahirkan graduan berkemahiran tinggi, kompetitif serta bersedia menghadapi cabaran ekonomi digital masa depan.
Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif UTMSPACE; PM. Dr. Kamaludin bin Yusof, Timbalan Dekan SPACE; Puan Zareena binti Omar, Pengarah Pembangunan UTMSPACE; serta barisan pengurusan UTMSPACE.
Sesi ini turut disertai oleh Dr. Lalua Rahsiad, Rakan Kongsi Pengurusan, WB Events Asia dan Jason Chin, Ketua Pegawai Eksekutif, MyCelik Network.
Selain memperluas peluang mobiliti akademik antarabangsa, kerjasama strategik ini juga mencerminkan komitmen UTMSPACE dalam memperkasakan pendidikan sepanjang hayat berteraskan inovasi, teknologi dan kebolehpasaran global.




