Browse By

Transformasi Digital Sukan Malaysia: UTMSPACE–ISN Meterai Kerjasama Strategik dalam Kecerdasan Buatan

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTMSPACE dan Institut Sukan Negara telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, bersempena Majlis Pelancaran Women to Women Sports Coaching Symposium 2026, dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Mordi Anak Bimol.

UTMSPACE telah diwakili oleh Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar, Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif, manakala Institut Sukan Negara diwakili oleh Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif.

Pemeteraian MoU ini merangkumi pelaksanaan program utama iaitu Sijil Profesional Kecerdasan Buatan (AI) dalam Teknologi Sukan (Professional Certificate in Artificial Intelligence (AI) in Sports Technology), sebuah inisiatif strategik yang memfokuskan kepada pembangunan kompetensi dalam bidang teknologi dan sains sukan, selaras dengan keperluan industri masa kini.

Melalui inisiatif ini, kedua-dua pihak komited untuk memperkasa pembangunan modal insan berkemahiran tinggi melalui pendekatan pembelajaran moden, perkongsian kepakaran industri serta penerokaan inovasi dalam bidang seperti analitik data sukan, biomekanik dan kecerdasan buatan (AI).

Secara keseluruhannya, kerjasama ini dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem pendidikan dan industri sukan negara yang lebih dinamik, progresif serta berdaya saing di peringkat global.